Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Sonata Audiopipe

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-09-11
in SHOW OFF, UTAMA
0

Apabila sebuah kereta yang tidak dikenakan sebarang modifikasi pada sudut penampilannya, apatah lagi tetap kemas seperti didatangkan terus dari kilang dan ianya menghiasi ruangan show off. Bukan sukar untuk sesiapa pun mengagak sistem talaan apa yang dipikulnya, betul tak? Ya. Pemikiran stereotype! Tidak, ia bukan sahaja anda, malah saya juga. Setiap kali ditugaskan turun ke padang untuk sesi pengambaran dan juga menyediakan artikel show off, inilah perkara pertama yang sedia bersarang di kepala otak. Apa sistem talaannya?

Melihatkan kereta Hyundai Sonata ini, pasti anda juga akan membuat tekaan yang sama dan memang benar, itulah jawapannya. Mustahil sebuah sistem talaan SPL dipadankan dengan sebuah kereta yang masih ‘suci’ tanpa sebarang modifikasi. Walaupun mungkin ada, tetapi kebarangkaliannya amat sedikit. Khususnya jika tujuan utama pembinaan sistem audio pada sesebuah kereta adalah untuk menyertai pertandingan autoshow atau untuk dijadikan sebagai kereta demo.

Baiklah, berbalik kepada kereta Sonata dengan rona bersih berwarna putih ini, ia merupakan sebuah kereta dengan sistem audio talaan SQ yang dibina oleh RS Pro Auto Accessories yang beroperasi di Kepong. Berbeza dengan kereta-kereta yang pernah menghiasi ruangan ini, Sonata ini dilengkapi dengan aksesori audio dari jenama Audiopipe. Mungkin ramai di antara anda yang masih belum mengenali jenama ini dan di sinilah ruang yang tepat untuk para pembaca di luar sana untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Sebagaimana yang diketahui, bukan semua jenama dibina untuk sistem talaan SQ. Terdapat juga beberapa jenama di luar sana mengeluarkan siri khusus untuk talaan ini yang mementingkan perincian setiap bunyi dan bukannya sekadar tekanan (pressure) yang melebihkan kebulatan bunyi bass. Percubaan RS Pro Auto dalam membina sistem SQ yang terdiri dari jenama ini boleh dikatakan sangat berani. Kenapa berani? Ya, kerana mereka jelas mengetahui prestasi dan kualiti yang mampu dihasilkan oleh produk-produk audio yang dihasilkan oleh Audiopipe.

Jika dilihat sistem audio yang dibina untuk Sonata ini, installer masih mengekalkan penggunaan pemain utama dari stok kilang. Lazimnya, pemain utama ini seringkali digantikan dengan pemain yang lebih (atau dirasakan) sofistikated berbanding pemain asal yang didatangkan dari kilang. Apabila difikirkan kembali, ia bukanlah satu perkara wajib atau perlu ditukar dan semuanya bergantung kepada pemilik sendiri. Bab ini dan untuk kereta Sonata ini, installer dan pemilik bersetuju untuk mengekalkan pemain utama. Apa salahnya kalau ia mampu memberikan dan mencapai apa yang dikehendaki? Setuju?

Data-data media yang dibaca dan diproses pemain ini seterusnya dipancarkan kepada pemproses isyarat digital Alpine H-800. Nampak tak? Ya. Segala kekurangan yang mungkin dihadapi ketika proses pembacaan data di pengkalan pemain utama telah disempurnakan oleh pemproses H-800 ini. Bijak dan dalam masa yang sama, menjimatkan kos. Sepertimana yang diketahui, pemproses Alpine ini bertindak seakan kotak ajaib yang membantu menyempurnakan isyarat yang dihasilkan dan itu jugalah yang terjadi dalam hal ini.

Seterusnya, isyarat yang telah ditambahbaik oleh H-800 tadi dipecahkan pula kepada 3 laluan baru dan setiap satunya dikuasakan oleh seunit amplifier. Bagi laluan pertama, seunit amplifier 4 channel Audiopipe AP-6004 telah digunakan. Ia berfungsi untuk memacu speaker yang ditempatkan untuk bahagian dalam kereta atau lebih tepat lagi di bahagian kabin. Seunit tweeter Audiopipe AP-M25 dipasangkan di tiang A di kedua-dua belah bahagian. Ini diikuti oleh seunit mid bass 6” Audiopipe yang ditempatkan di kedua-dua belah panel pintu.

Kebiasaannya, untuk sistem talaan SQ 4 unit speaker di bahagian kabin sudah mencukupi bukan? Berbeza dengan kereta Sonata ini, installer telah menambahkan dua unit speaker coaxial 6” Audiopipe AP-6.2M di bahagian belakang, iaitu di belakang tempat duduk penumpang. Kedua-dua speaker ini pula dikuasakan oleh seunit amplifier 2 channel Audiopipe AP-4502 sekaligus menyempurnakan bacaan isyarat laluan kedua tadi. Tujuannya? Mungkin untuk menyebarkan bunyi dan agar sampai kepada penumpang yang duduk di bahagian ini. Tidaklah hanya pemandu dan orang disebelahnya sahaja yang dapat menikmati kelunakan dan keharmonian bunyi dari sistem talaan SQ ini.

Melengkapi sistem audio talaan SQ Sonata ini adalah laluan ketiga yang dipacu oleh seunit amplifier monoblock Audiopipe AP-M350.1 untuk seunit woofer 12” Audiopipe AP-12M. Woofer ini pula ditempatkan di bahagian ruang meletak belakang, di bahagian bonet kereta tetapi bukan ditanam, sebaliknya dilekatkan dalam sebuah perumah khas di dinding. Satu lagi tindakan bijak yang dapat mengurangkan penggunaan ruang dan dalam masa yang sama kelihatan kemas. Menambahkan lagi seri di ruangan ini, installer telah menutup woofer tadi dengan kaca akrilik berjaring seakan sarang labah-labah. Cantik. Kemas.

Tidak hanya berhenti setakat itu, installer turut memasangkan kaca akrilik ini sebagai penutup untuk semua barisan amplifier dan juga pemproses Alpine tadi. Penambahanan limpahan lampu LED dengan rona jingga membuatkan ruang tempat letak barang ini dan seronok dipandang, tidak seperti kebanyakan kereta yang dipenuhi barang-barang tidak berkaitan dengan kereta. Oh ya, di manakah tayar simpanan dan juga perkakas kecemasan untuk kereta sekiranya berlaku kecemasan?

Previous Post

VK Rozar The Yellow Civic Pegasus

Next Post

Myvi Bruce Lee

Next Post

Myvi Bruce Lee

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved