Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Sindiket Curi Kenderaan; 20 Kenderaan Dicuri Setiap Hari Pada Tahun 2020

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2021-04-09
in BULETIN, UTAMA
0

Sebuah kenderaan dicuri setiap satu jam 15 minit di negara ini, kata Koordinator Majlis Pengurangan Kecurian Kenderaan Malaysia Berhad (VTREC) Mas Tina Abdul Hamid Hari ini. Beliau berkata menurut kajian pihaknya tahun lalu, berdasarkan dapatan itu, sejumlah 20 kenderaan telah dicuri setiap hari pada tahun 2020.

“Namun jumlah kecurian kenderaan itu telah menurun berikutan kerjasama erat VTREC, Polis Diraja Malaysia dan agensi lain,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Kempen Kesedaran Kecurian Kenderaan PDRM-VTREC 2021.

Sementara itu, Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Dev Kumar berkata kes kecurian kenderaan seluruh negara dilaporkan kepada polis telah menunjukkan trend penurunan setiap tahun.

“Sebanyak 21,578 kes kecurian kenderaan dilaporkan pada tahun lepas berbanding 2019 sebanyak 30,868 kes iaitu keseluruhan penurunan sebanyak 30 peratus,” katanya.

Dev berkata kes melibatkan 4,596 kecurian kereta, 15,057 kecurian motosikal manakala 325 melibatkan kenderaan jenis lori, van dan jentera berat.

Sementara itu sejumlah 1,215 ahli sindiket curi kenderaan telah dikenakan tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 sejak tahun 2016. Dev berkata jumlah berkenaan bagaimanapun tidak termasuk jumlah ahli sindiket yang telah dituduh di mahkamah atas melakukan kesalahan sama.

Beliau berkata jumlah itu membabitkan 753 ahli sindiket mencuri motosikal, 422 sindiket curi kereta dan selebihnya melibatkan kenderaan lain.

Sumber : Bernama

 

Previous Post

Music Heal Your Soul

Next Post

i-Care Plus Dan Loyalty Card, Hadiah Penghargaan Untuk Pelanggan Setia Hyundai

Next Post

i-Care Plus Dan Loyalty Card, Hadiah Penghargaan Untuk Pelanggan Setia Hyundai

CAPAIAN

  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved