Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Music Heal Your Soul

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2021-04-09
in SHOW OFF, UTAMA
0

Sehari sebelum mendengar sistem audio kereta ini, saya telah diperdengarkan sistem audio Audi A4 milik kawan kepada kawan saya yang baru sahaja dibeli. Tidak dinafikan, ia mengingatkan saya betapa jurutera kereta mewah sangat sensitif dalam menghasilkan sebuah kereta yang dibekalkan dengan sistem audio premium, memenuhi ruang termasuk sebuah subwoofer yang ‘ditanam’ dalam lantai but belakang. Bilamana sistem ini datang dari kilang, kesemuanya disepadukan dan kombinasi mantap tersebut menghasilkan bunyi ‘crisp’ yang tidak ada pada kereta seumpamanya. Mengambilkira faktor kekedapan bunyi dan talaan ruang (dengan staging yang boleh dipreset) saya berjanji tidak akan menukarnya kepada yang lain jika saya mampu membeli kereta tersebut.

Sehari berikutnya, saya ditugaskan untuk merakam foto kereta ini. Bilamana dimaklumkan ia sebuah kereta yang telah memenangi banyak pertandingan audio kategori SQ, saya teruja. Oh ya. Walaupun kami di pejabat dan dikelilingi produk yang hampir 99 peratusnya talaan SPL, saya sebenarnya lebih terarah kepada SQ.

SQ adalah tentang kualiti bunyi yang mampu ditala pada sebuah kereta. Teorinya kelihatan mudah kerana anda tidak perlukan watt yang besar dan bilangan woofer yang banyak. Namun seperti yang diketahui, peralatan untuk SQ tidaklah murah jika anda benar-benar serius untuk mendapatkan bunyi yang jelas, tajam, segar dan mesra.

Untuk menghasilkan sebuah sistem SQ yang mantap, pemilik Camry ini, Encik Max Lee telah menghabiskan banyak masa dan wang ringgit. Bukan mudah, bagi usahawan muda yang telah lama bermain audio kereta ini. Percubaan demi percubaan telah dibuat ke atas kereta Camry ini, malah juga kepada beberapa buah kereta miliknya sebelum ini. Menjadikan sistem beliau unik, hasil kombinasi beberapa peralatan yang telah dicuba. Untuk yang berduit, kira bolehlah! Kalau jenis yang mahu suka-suka lebih baik lupakan, satu set lengkap 3 hala berbeza jenama untuk kereta ini sekitar RM15K. Itu belum termasuk amplifier dan jalinan kabel serta pemasangan yang diperlukan.

SONY DSC

Sistem 3 hala sebenarnya merupakan cara terbaik untuk sebuah kereta yang serius dibina untuk SQ. Lazimnya, 3 hala menghasilkan bunyi yang setara dengan sebuah sistem 2 hala yang super premium. Ya. Saya bercakap tentang speaker 2 hala berharga sebuah Viva. Walaupun pada hakikatnya belanja menjadi keutamaan, ramai menganggap 3 hala lebih mudah untuk mendapat staging yang tepat. Dengan dua unit speaker terletak berasingan (pintu dan pillar) serta tweeter di lokasi yang betul, arahan terhadap pemanduan bunyi lebih mudah dilakukan.

Max memilih pemain utama Pioneer AVH-P4150DVD. Pemain berukuran 2-din ini sesuai kerana ia pemain asal Camry juga hampir dengan kombinasi tersebut. Dengan keupayaan pemproses digital dan visual yang cantik, ia turut sesuai untuk penalaan sistem aktif. Pemain ini secara terus disambungkan dengan Audison Bit One Processor. Pemproses ini berfungsi memotong frekuensi pada setiap speaker yang akan dipasangkan kelak. Berbeza dengan crossover jenis pasif, pemproses nisbah rapat ini menawarkan potongan bunyi yang jauh lebih solid dan sangat tepat.

Tiga unit amplifier dipasang untuk melengkapi sistem bunyi kereta ini. Ia terdiri daripada STEG AQ Series, amplifier 4 channel yang cukup bagus untuk kawalan low independence, amplifier 2 channel STEG Q Mos Series 220.2 dan amplifier Earth Sound jenis monoblock kelas D yang ditugaskan untuk memandu subwoofer.

Seperti yang dinyatakan tadi, bahagian staging bunyi hadapan kereta ini dipasangkan dengan sistem tiga hala. Unit midbass yang digunakan pula adalah dari buatan Itali, Audio Development atau lebih dikenali sebagai AD. Seperti jenama lain, produk keluaran AD lebih menumpukan kualiti berbanding seni binaanya. Dek kerana reputasi itulah, Max menggunakan unit midbass AD MM6 untuk menghasilkan bunyi frequensi sederhana dari bahagian ‘lantai’ kereta. Seperti biasa, tweeter AD MM1 dipadankan di bahagian pillar depan bersama dengan mid speaker AD MM4 berukuran 4 inci yang mana tidak dilindungi apa-apa. Hakikatnya, kebanyakan pembesar suara yang bagus datang tanpa pelindung kon atau magnet.

Gelombang pertengahan dan tinggi yang dihasilkan memang sangat jelas dan ‘hidup’, itulah perkataan yang mungkin sesuai saya nyatakan bila diperdengarkan sistem ini kepada saya. Kini, tibalah masanya untuk memilih subwoofer untuk menjana low bass pula. Bagi sistem yang mementingkan kejelasan, lazimnya pemasangan 1 subwoofer sudah mencukupi untuk mengimbangi bunyi muzik secara keseluruhan. Malah sistem begini biasanya memenuhi ruang gelombang rendah yang dikosongkan oleh sistem mid. Untuk kereta ini, subwoofer ADX 15 inci digandingkan dengan amplifier monoblock Earth Sound. Dengan talaan yang sangat teliti, bunyi bass ini tidak didengar dari dalam but sebaliknya, apabila muzik dimainkan, ia berlegar di bahagian tengah kabin!

Jadi, adakah pandangan saya tentang Audi A4 tadi telah berubah? Sudah tentu. Kini pendirian saya berpusing 360 darjah. Membayangkan kalau saya mampu memiliki semua set-up yang ada pada Camry ini. Bunyinya jauh lebih nyata dan kalau mata dipejamkan anda boleh bayangkan bibir penyanyi bergerak. Malah di studio rakaman tersebut jika terjatuh pin baju sekalipun boleh didengar. Betul, ia bergantung kepada kecenderungan bunyi akustik gelombang tinggi yang sangat, sangat, sangat, sangat dan sangat teliti serta sempurna.

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi edisi 11′

Previous Post

Mitsubishi Perkenalkan Mitsubishi Triton Athlete Baharu

Next Post

Sindiket Curi Kenderaan; 20 Kenderaan Dicuri Setiap Hari Pada Tahun 2020

Next Post

Sindiket Curi Kenderaan; 20 Kenderaan Dicuri Setiap Hari Pada Tahun 2020

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved