Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

SF5, Crossover EV Pertama Huawei

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2021-04-21
in BULETIN, UTAMA
0

Syarikat gergasi pengeluar telefon pintar, Huawei mendedahkan kenderaan pertama yang dikenali sebagai SF5. Model crossover EV berkenaan dibikin bersama Cyrus yang akan dijual menggunakan jenama Seres. Seres SF5 hadir dengan ukuran panjang 4,700 mm, lebar 1,930 mm, ketinggian 1,625 mm dan jarak antara roda sepanjang 2,875 mm.

Jentera elektrik berkenaan menampilkan rekaan lampu utama dan gril dipadankan lampu nyalaan siang (DRL) LED yang memanjang ke bahagian bampar kenderaan. Model itu turut memiliki rekaan badan menarik, handel pintu dipasang dengan rata dan rumah hijau yang padat. Ruang kabin Seres SF5 pula didatangkan skrin paparan kluster instrumen yang terletak di belakang roda stereng dua jejari.

Selain itu, ia mendapat kemasan trim kayu, aksen metalik, penukar gear rotari, sistem pencahayaan ambien, tempat duduk dengan fungsi ventilasi, pemanas dan urut. Berikutan model terbaharu itu ada kaitan dengan Huawei tidak hairanlah ia dilengkapi sistem infotainment terkini. Ia mampu disambungkan dengan peranti pintar dalam tempoh beberapa saat sahaja, memuat kandungan muzik dan informasi navigasi antara kedua-dua peranti.

SF5 didatangkan bersama teknologi pengenalan suara dan sistem audio dengan 11 pembesar suara serta dua subwoofer. Para jurutera turut memberikan tumpuan kepada aspek pengurangan kebisingan, gegaran dan kekasaran (NVH), seperti penggunaan kaca hadapan dwi-lapisan dan bahan penyerap bunyi. Pengeluar mendakwa ruang kabin mencapai kadar kebisingan serendah 38 dB sahaja.

Seres SF5 mendapat khidmat enjin 1.5 liter dan dua motor elektrik yang berupaya menghasilkan 543 hp dan 820 Nm. Crossover itu boleh memecut dari 0-100 km/j dalam tempoh 4.7 saat. Terima kasih kepada trenkuasa range-extender, Seres SF5 boleh bergerak sejauh 180 km sahaja menggunakan tenaga elektrik, dan mampu mencapai jarak sehingga 1,000 km secara keseluruhan. Huawei Seres SF5 kini dipamerkan pada Shanghai Auto Show dan harga bermula dari ¥216,800 (RM137,376). – carscoops

Sumber : Mekanika

Previous Post

Master The Blaster

Next Post

Porsche Panamera 2021 Dilancarkan Di Malaysia

Next Post

Porsche Panamera 2021 Dilancarkan Di Malaysia

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved