Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Master The Blaster

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2021-04-21
in SHOW OFF, UTAMA
0

Berbekalkan minat yang sangat mendalam terhadap kerja-kerja tangan dan mesin, Soichiro Honda berjaya merealisasikan impiannya. Sikap beliau yang tidak kenal erti putus asa sekaligus memahatkan namanya di persada dunia. Lihat sahaja empayar yang ditinggalkan beliau, masih kekal sebagai salah satu pengaruh terbesar dunia khususnya dalam industri permotoran. Semangat yang ada pada beliau itu turut dipinjam dan dipraktikan muka-muka baru dunia permotoran hari ini termasuklah mereka yang terlibat dalam dunia I.C.E.

 

Seakan obor yang perlu ada pelari gantian untuk meneruskan kemarakan api yang tidak akan pernah padam sebelum sampai ke destinasi. Itulah yang dapat dilihat terhadap perkembangan jenama-jenama baru di dalam dunia I.C.E hari ini. Jika sesuatu nama mula meniti dari satu bibir ke bibir yang lain, ia bagaikan gelombang Tsunami yang akan menguasai dunia di satu hari kelak. Begitu juga Silver Hawk, antara jenama yang sudah pun menyebarkan pengaruhnya dalam hati para peminat I.C.E, khususnya di Malaysia.

Walau cuba dinafikan, nama ini tampil unggul tanpa sebarang publisiti besar-besaran. Silver Hawk mempertaruhkan kualiti dan bukan omongan kosong yang dipampangkan menerusi iklan. Memang benar. Jenama ini amat jarang ditemui di ruangan iklan tetapi meraja dalam hati peminatnya. Apakah faktor yang membuatkan ia begitu hangat dan sensasi tanpa publisiti? Jawapannya tentulah terletak pada reputasi dan prestasi yang dibawanya.

Pertambahan bilangan peminat jenama ini dapat dilihat di setiap medan tempur mahu pun pertunjukan demo audio hampir di mana-mana sahaja. Salah seorang ‘penganut’ setia yang meletakkan kepercayaan penuh atas nama Silver Hawk ini ialah saudara Mohammad Ruzaimi Khairi atau lebih mesra dengan panggilan Angah. Mengenali I.C.E sejak usia remaja, Angah bergiat aktif dalam dunia I.C.E kira-kira setahun yang lepas. Beliau dianggap bertuah kerana mempunyai pakcik saudara yang arif tentang I.C.E iaitu pakcik Alkaf.

Bukan mahu memuji, tetapi secara zahirnya dapat dilihat dengan jelas hasil buatan tangan pakcik Alkaf. Kereta Myvi putih ini sebagai buktinya. Siapa sangka, kereta ini dimodifikasi di rumah dan bukannya di kedai installer? Ya, itulah satu lagi kelebihan pakcik Alkaf. Tentu anda setuju kiranya saya katakan Angah memang amat bertuah. Kelebihan itu juga memberikan kesempatan kepada Angah membuat pilihan untuk mendapatkan hanya yang terbaik untuk sistem I.C.E nya ini.

Dimulakan dengan pemain utama yang bertugas membaca segala data yang diberikan kepadanya, pemain Kenwood KDV-MP5343U dipilih untuk menggalas tanggungjawab tersebut. Dalam masa yang sama ia juga bertindak sebagai pemancar isyarat. Sebagaimana yang diketahui umum, jenama Kenwood ini turut memegang reputasi yang tinggi dalam dunia I.C.E. Selain menghasilkan perincian setiap data yang dibacanya, ia juga memastikan isyarat yang dihantarnya lebih halus. Pendek kata, bagus! Bagi mendapatkan hasil yang lebih cantik, Angah menggunakan 3 unit pre-amp dengan 7 band parametrik Debezt PA-701.

Isyarat yang telah diproses ketiga-tiga unit pre-amp ini kemudiannya diserahkan pula kepada barisan amplifier yang bertugas untuk membesarkan isyarat mengikut kesesuaian speaker yang akan dipacunya. Sejumlah 5 unit amplifier digunakan untuk tujuan itu. Satu unit amplifier monoblock Cerwin-Vega untuk memacu 2 unit woofer 12”. Tentu anda semua maklum dengan reputasi yang dipegang oleh jenama Cerwin-Vega ini. Gabungan dua jenama ini sudah cukup memperlihatkan kehebatan yang bakal dihasilkan. Bayangkan sahaja bagaimana pula hasil bunyinya?

Selain ditugaskan untuk memacu woofer, amplifier jenama yang sama telah digunakan untuk memacu barisan speaker yang lain. 1 unit amplifier 4 channel Cerwin-Vega digunakan untuk memacu sejumlah 8 unit horn tweeter Silver Hawk, manakala seunit lagi digunakan untuk memacu 4 unit mid range 6”. Baki dua unit amplifier lagi terdiri daripada 1 unit amplifier 4 channel Concept yang memacu 4 unit woofer 8” BM. Manakala 1 lagi unit amplifier 2 channel US Thunder UST.1500.2 digunakan untuk memacu 4 unit woofer 8” Silver Hawk. Sepertimana yang dimaklumkan, mid bass jenama Silver Hawk memang menjadi pilihan para pecinta I.C.E talaan SPL kerana mampu menghasilkan bunyi mengikut kehendak hati mereka. Benarkah begitu? Ya, tentu sekali kerana mereka yang merasainya.

Di samping sistem I.C.E yang benar-benar menaikkan unsur sensasi kereta ini, tumpuan perlu diberikan kepada interior yang dikenakan ke atas Myvi yang pada hemat saya tampak kemas dan menarik. Tambah menarik lagi, cara kedudukan dan posisi setiap speaker rapi dengan berlatarkan warna putih. Walaupun padat, ia tetap nampak amat ringkas tetapi menarik. Namun begitu, bilangan speaker yang menghuni Myvi ini akan berkurangan kerana difahamkan, Angah ingin berubah angin untuk mencuba sistem talaan SQ pula. Wah, tidak sabar pula rasanya untuk melihat sistem terbarunya kelak!

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi edisi 17

Previous Post

MINIEV Cabrio, Curi Tumpuan

Next Post

SF5, Crossover EV Pertama Huawei

Next Post

SF5, Crossover EV Pertama Huawei

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved