Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah bekerjasama dengan Bakti Dinamik Sdn Bhd iaitu sebuah anak syarikat Low Yat Group, menawarkan lebih nilai untuk setiap pembelian Tribeca Serviced Suites (Tribeca dengan model Hyundai sebagai penghargaan sekaligus melengkapi pengalaman gaya hidup mewah dengan kediaman kualiti premium.
Promosi ini hanya untuk masa terhad yang menawarkan sebuah kenderaan dengan setiap pembelian seunit Tribeca. Antara model yang ditawarkan adalah Hyundai Elantra dan MPV 11 tempat duduk, Hyundai Grand Starex.
Menurut Pengarah Urusan HSDM, En. Low Yuan Lung berkata, Hyundai berbesar hati kerana terpilih untuk bekerjasama dengan Bakti Dinamik. Seiring dengan janji Hyundai untuk memberikan nilai menarik serta menawarkan kemewahan yang tiada tandingan pada harga yang boleh dimiliki. Hyundai juga yakin dengan kerjasama ino dan produk yang ditawarkan tepat dengan untuk gaya hidup premium Tribeca.
Selain itu, beliau juga berharap, pemilik unit Tribeca teruja dengan tawaran yang disediakan ini dan dapat menikmati keseronokan memandu bersama Hyundai. Sebagaimana yang diketahui, kenderaan keluaran Hyundai mempunyai ciri-ciri kemewahan tersendiri – gaya yang berani, selesa, ciri-ciri yang cemerlang dan juga prestasi yang baik serta menempatkannya dalam golongan kereta kategori premium.
Selain itu, para pelanggan juga akan diberikan Hyundai Loyalty Card yang menawarkan pelbagai keistimewaan yang eksklusif. Antaranya termasuklah promosi bulanan, diskaun 20% untuk setiap produk kelaran KLIMA Fresh dan BlueChem. Keistimewaan juga turut diberikan kepada para pelanggan pada sambutan hari lahir ini termasuk diskaun servis jualan, diskaun barang-barang Hyundai dan juga trade-in dengan nilai lebih tinggi apabila mereka ingin membeli sebuah kereta Hyundai yang baru.
Bagi maklumat lebih lanjut, hubungi Desmond Wong di talian 012 – 777 1728.