Semua Grand Starex baharu yang didaftarkan bermula dari 1 Mei telah dipasangkan dengan Sistem Telematiks untuk pemanudang yang dipertingkatkan dan keselamatan penumpang turut terjamin dari sebarang insiden seperti kemalangan dan juga kerosakan. Selain itu, concierge service turut disertakan dalam Sistem Telematiks Grand Starex sekaligus memudahkan pengguna untuk membuat temujanji untuk servis atau mengesan lokasi dan melaporkan kecurian.
Sistem Telematiks ini turut disepadukan dengan enam servis yang dipanggil sebagai eCall : Automatic Accident Detection, Manual eCall: Emergency Assistance, bCall: Breakdown Assistance, Service Assist, Mobile App – Connected Security Features dan Stolen Vehicle Tracking.
Panggilan SOS boleh dilakukan dengan pantas dengan menggunakan Manual eCall dengan yang menekan butang SOS yang ada pada konsol peta yang ada pada Grand Starex ini. Apabila butang SOS ini diaktifkan, pemilik akan menerima panggilan dari Pusat Operasi Keselamatan (SOC – Secure Operating Centre). Setelah menerima pengesahan untuk bantuan, SOC akan menghantar bantuan yang diperlukan, samada ambulan, polis atau trak tunda.
Sekiranya Sistem Telematiks ini mengesan impak yang kuat terhadap kenderaan, amaran perlanggaran akan diaktifkan secara automatik menerusi eCall tanpa perlu menekan butang SOS. SOC akan menghubungi pemilik kenderaan secepat mungkin untuk memeriksa keadaan sebenar. Sekiranya tiada tindakbalas dari pemilik, ambulan atau pihak polis akan segera dihantarkan ke lokasi berdasarkan perangkat pengesan yang didatangkan pada kenderaan tersebut.
Manakala untuk kerosakan pula, ia boleh diaktifkan menggunakan bCall dan servis kerosakan akan segera dihantar ke lokasi. Sistem Telematiks ini juga turut didatangkan dengan Mobile App yang menawarkan beberapa ciri yang memberi banyak kemudahan seperti mencari lokasi kenderaan dengan mengaktifkan amaran pintar bagi mengenal pasti lokasi kenderaan dengan bunyi hon atau blinker, laporan kenderaan yang hilang, melakukan laporan bukan kecemasan serta pertanyaan, catatan perjalanan yang dilakukan oleh kenderaan dan juga analisis kelakuan pemandu.
Service Assist atau servis bantuan juga merupakan satu lagi ciri yang memberi kemudahan kepada pengguna. Sistem ini akan mengesan perbatuan kenderaan menerusi satelit dan menghantar tiket kepada pusat servis Hyundai, seterusnya mengaturkan temu janji untuk kenderaan. Servis ini termasuk pembaharuan insurans dan juga cukai jalan.
Menurut Pengarah Urusan HSDM, En. Low Yuan Lung, Sistem Telematiks dan servis yang didatangkan bersama Grand Starex ini adalah percuma untuk 3 tahun pertama. Selepas tempoh 3 tahun, pemilik kenderaan boleh memperbaharuinya dengan bayaran RM380 setahun.
Sebagaimana yang diketahui, Grand Starex adalah sebuah MPV dengan 11 tempat duduk; Grand Starex A2.5L CRDi Executive Plus dijual pada harga RM165,888.00 dan Grand Starex A2.5L CRDi Executive Prime dijual pada harga RM173,888 (tidak termasuk insurans dan hanya boleh didapati di semenanjung Malaysia). Bayaran bulanan pula bermula dari RM1,348 dengan plan pembiayaan terbaharu.
All Grand Starex didatangkan dengan servis percuma untuk 3 tahun atau 50,000km dan 5 tahun atau 300,000km waranti. Kepada yang berminat, anda boleh menghubungi Hyundai 1300-13-2000 atau layari www.hyundai.com.my..