Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Senandung Audio Dari Seberang

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-06-17
in SHOW OFF, UTAMA
0

Apabila diajukan soalan kereta apakah yang menjadi idaman anda? Jawapan yang sering ditemukan dahulu tentu sekali Mercedes. Ya! Satu masa dahulu, kereta di bawah nama ini sentiasa menjadi idaman ramai. Mungkin ia masih lagi berlanjutan sehingga ke hari ini, tetapi tidak sehebat dulu. Sudah banyak persaingan dari pelbagai pengeluar kereta yang lain. . Bukan sahaja dari negara Eropah tetapi juga dari negara Asia seperti Jepun dan Korea.

Kebanyakan orang hanya mampu bermimpi, kerana bukan senang untuk memiliki kereta mewah sehebat Mercedes. Kalau adapun mungkin yang benar-benar kaya atau mungkin juga rezeki terpijak. Sedangkan untuk memilikinya pun sukar, inikan pula untuk mengubahnya sesuka hati. Namun itulah yang terjadi terhadap Mercedes Abyss, hitam menawan ini.

Mercedes yang disaluti warna hitam ini, jelas menawan. Terasa-rasa ingin memilikinya. Malangnya, ia sudahpun dimiliki oleh seorang pengusaha ternama Bandung, Lili Candra. Beliau merupakan pecinta muzik dan berkongsi perasaan yang sama terhadap kereta. Gabungan kedua-dua rasa ini telah membawa beliau ke Radius Audio, Bandung.

Kereta Mercedes ini sudah menjalani 3 kali modifikasi I.C.E pada skala major, bermula dengan sistem murah yang terdiri daripada Speaker Ribbon, 2 unit di bahagian depan, speaker coxial pula dipasang di bahagian belakang, 2 unit subwoofer 10” dan juga 2 unit amplifier. Kemudian sistem I.C.E ini diubah, speaker di bahagian hadapan ditukar kepada sistem 3 hala. Amplifier yang digunakan pula sebanyak 3 unit, dan penggunaan woofer dikurangkan kepada satu unit sahaja!

Selepas modifikasi kali kedua, saudara Candra merasakan dia mahukan bass yang kuat tetapi kualiti suara pula adalah yang terbaik secara keseluruhannya. Beliau juga mahukan pemasangan kosmetik yang boleh dianggap sebagai satu dalam seribu; UNIK! Beliau juga mahukan bunyi pada kualiti maksimum dan juga pemasangan pada tahap yang terbagus!

Menurut Erwan Kosasih, installer yang dipertanggungjawab untuk melakukan transformasi ke atas kereta ini, beliau agak terkejut apabila saudara Candra mahukan sistem audio yang penuh di ruang tempat letak barang. Bagi Erwin, beliau boleh melakukan apa juga di bahagian ruang tempat letak barang, interior termasuklah mengalihkan tayar simpanan dan custome made A Pillar dan panel speaker untuk pintu. Bagi beliau, jarang pemilik Mercedes melakukan modifikasi terhadap kereta mewah yang hampir menyerupai kereta demo!

Bagi mencapai tahap terbaik seperti yang diidamkan saudara Candra, jenama Pioneer telah digunakan sebagai pemain utama. Bertindak seumpama nyawa kepada setiap sistem I.C.E, pemain utama DEX-P99RS merupakan antara pemain utama terbaik yang dihasilkan oleh jenama Pioneer ini. Turut didatangkan dengan 4 crossover, 31 band EQ berasingan dan fungsi penjajaran masa. Saudara Candra menggabungkan monitor DVD/indash Panasonic CQ-VD7001W bagi hiburan keluarganya dan memberi peluang untuk anak-anaknya menonton filem dan saluran tv.

Oleh kerana saudara Candra hanya inginkan yang terbaik untuk keretanya, maka saudara Erwin juga turut menggunakan jenama yang terbaik untuk kereta Mercedes ini. Antaranya Fabulous Acoustics dan SEAS Excel yang telah dijadikan sebagai sistem I.C.E di bahagian hadapan. Bagi pengetahuan bersama, jenama SEAS ini merupakan salah satu jenama keluaran berkualiti dari Norway dan telah bertapak dalam dunia I.C.E sejak awal tahun 1940-an.

Barisan speaker hadapan terdiri daripada 2 unit mid bass 6.5” Fabulous Acoustics, dengan custom gelas fiber dan speaker mid range 4” SEAS Excel. Digabungkan pula bersama tweeter audio berdefinisi tinggi RES 1” dalam penjajaran masa mekanikal custom A Pillar untuk mendapatkan 1 panel akustik yang sama.

Dalam sistem I.C.E pada kereta Mercedes ini, 3 unit amplifier telah digunakan. Satu unit amplifier 4 channel Abyss Mini AA digunakan untuk memacu speaker mid range SEAS Excel dan tweeter RES. Amplifier ini agak unik berbanding amplifier yang sedia ada di pasaran kerana badannya dibina dari kayu. Selain amplifier ini, satu unit amplifier 2 channel Audison VRX 2.400 pula digunakan untuk memacu mid bass 6.5” Fabulous Acoustics.

Baki 1 unit lagi amplifier adalah dari jenama Rockford Fosgate iaitu satu jenama yang sememangnya terkenal kerana kualitinya. Penggunaan 1 unit amplifier Rockford Fosgate T1500BD ini khas untuk memacu 2 unit woofer yang juga dari jenama sama, Rockford Fosgate T11202. Kedua-dua woofer ini dipasangkan selari dan secara terbalik untuk mencapai integriti kosmetik yang maksima.

2 unit kapasitor Mass Engineering 2 Farad telah digunakan untuk membekalkan kestabilan voltan sepanjang penggunaan sistem I.C.E ini. Beberapa unit blok dan fius digital turut digunakan untuk menjaga keselamatan pemasangan. Selain itu kabel RCA dan kabel speaker 12AWG kedua-duanya bersaiz besar telah dipasang untuk memberikan bunyi yang bersih dan tulen dan 0 AWG kabel kuasa DC pula digunakan untuk memberikan bekalan kuasa yang mencukupi kepada sistem.

Jentera I.C.E yang bersemadi dalam kereta Mercedes Benz ini dimeriahkan lagi dengan 1 unit monitor 5” di tempat letak barang bagi mempercantikan lagi hiburan visual pada sistem ini. Beberapa bahan telah digunakan untuk pemasangan I.C.E ini termasuklah MDF, gelas fiber, akrilik dan LED putih untuk meningkatkan kecantikan kosmetik tanpa menghilangkan keunikan stail kereta Mercedes sendiri. Lebih menarik lagi apabila kereta ini telah ditukar lampu dan dipasangkan dengan bodykit Wald.

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi edisi 15

Previous Post

Ini Bukan Tentang Tarian

Next Post

Lebih Banyak Pilihan Baharu, Tiada Masalah Penjagaan Dan Tahan Lama

Next Post

Lebih Banyak Pilihan Baharu, Tiada Masalah Penjagaan Dan Tahan Lama

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved