Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Ini Bukan Tentang Tarian

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-06-17
in SHOW OFF, UTAMA
0

Kalau bukan kerana saya hadir bersama ketika sesi fotografi kereta ni, rasanya pengetahuan untuk menilainya tidaklah sebagus mana. Saya seronok kerana satu perkara. Rim. Aneh? Agak aneh juga. Yalah, sepatutnya saya memikirkan tentang pesona sistem audionya tetapi lain pula jadinya. Tunggu dulu, ada sebabnya.

Rim ini namanya ialah Work Equip MK3. Di kalangan budak-budak oldschool (kereta lama lah) rim ini memiliki antara darjat paling atas. Susah didapati, harganya ketat dan juga klonnya bersepah. Nak kenal klon mungkin tidak susah bila melihat pada saiz offsetnya. Belek saja pada rim itu, kalau tiada spacer, besar kemungkinan ia adalah SSR tulen. Tulen bang!

Kereta ini dibina daripada asal, orang putih kata “built from scratch”. Bila membina kereta begitu, anda perlu cetak biru yang khusus, istilah biasa yang kita dengar dalam pembikinan kereta lumba. Tapi untuk audio, cetak biru biasanya berdasarkan jenama apa yang hendak dipilih kerana bukan semua produk adalah sama. Walaupun nampak sama, dimensi, saiz dan kuasa selalunya memeningkan kepala bila memasang dan menalanya.

Kekaguman saya bermula dengan penempatan skrin LCD 10” di tengah konsol Myvi ini. Seperti yang anda biasa lihat, kereta ini tidak disediakan dengan bentangan untuk skrin lebih 7”, standard 2-din dalam industri. Pembinaannya membuat perumah khusus, memotong panel dalaman tengah dan memasukkan skrin 10” TFT dan memasang semula pendakap konsol tengah. Sekaligus menjadikannya kelihatan seperti keluaran kilang.

Pemain DVD yang diperlukan datangnya dari unit pemain utama Panasonic CQ-DX200W. Tidak banyak fungsi yang benar-benar anda gunakan kecuali ia antara pembaca media DVD berjenama Jepun paling kompetitif di pasaran. Ia mampu memainkan isyarat DVD, VCD, CD-R/RW, DVD-R/RW (MP3) dan DivX (CD & DVD).

Pemain ini disambungkan terus pada 2 unit pemproses isyarat digital Cadence CV2XR dan Cadence CVL-BG. Masing-masing untuk barisan speaker, mid, tweeter dan woofer. Apa yang menarik tentang pemproses ini ialah cara ia dipasang. Kelebihan dimensi dalaman Myvi membenarkan kedua-dua unit pemproses ini ditanamkan di bahagian lantai depan bahagian penumpang. Ia ditutup dengan karpet perangkap pasir yang agak tebal.

Dari pemproses ini, saluran mid diteruskan dengan pemasangan dua unit amplifier untuk mid. 2 unit amplifier 4 channel Cadence Xenith XA175.4 ditugaskan untuk frekuensi sederhana dan tinggi. Seperti yang dapat dilihat dalam foto yang dirakam jurugambar profesional kami (cewah!) bahagian hadapan dipadankan dengan sistem 3 way split. 2 unit di bahagian pintu untuk speaker saiz 6”, 2 unit di atas dashboard untuk mid range 4” dan 2 unit tweeter. Kesemua speaker ini dipasangkan dalam perumah khusus untuk mengasingkan frekuensi bunyi menjadi lebih nyata (dan terima kasih pada processor tadi!)

Seunit lagi amplifier 4 channel Cadence Xenith XA175.4 ditugaskan untuk memandu speaker di bahagian pintu belakang. 2 channel dijalin bersama untuk memandu 2 unit speaker CVL6-KN dan dua lagi baki disalurkan kepada set yang sama, tapi dipasangkan di bahagian but belakang.

Sekali lagi, pemasangan amplifier ini dilakukan dengan sangat kemas dan berseni. Biasanya, amplifier disorokkan di belakang tempat duduk atau di bawah kerusi depan. Myvi ini bertindak berani dengan memasangkannya di bahagian lantai setiap bahagian letak kaki penumpang dan pemandu. Perumah khas diukur tepat bagi membolehkan anda rasa masih memijak lantai yang asal. Jujurnya, ketika pertama kali menaiki kereta ini saya ingat kerusinya telah direndahkan, walhal, ketinggian lantainya telah bertambah dari komponen amplifier tadi.

Sekarang masa untuk melihat keunikan bahagian butnya. Satu perkara yang pasti, banyak masa dan usaha untuk merekebantuk posisi penempatan komponen audio dengan konsep begitu. Pertama sekali ialah tiga unit woofer dipasangkan secara bersilang. Dua menghala ke luar dan satu di tengah dipasang reverse. Setiap satu daripada woofer 12” Cadence Xenith XW12D4 ini menerima kuasa dari amplifier monoblok masing-masing. 3 amplifier Cadence Xenith XA1200.1D untuk 3 woofer. Memang terbaiklah dan sangat ‘constant’ bunyinya.

Apa yang menjadikan Myvi ini berbeza dengan kebanyakan kereta yang pernah disiarkan ialah konsep pemasangan dan tema yang unik. Amplifier di lantai dan warna-warna perumah oren yang menyerlah.

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi edisi 24

Previous Post

Harga Kenderaan Diturunkan Sebanyak 1.2% Hingga 5.7%

Next Post

Senandung Audio Dari Seberang

Next Post

Senandung Audio Dari Seberang

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved