Konsep Genesis X Convertible didedahkan buat kali pertama pada tahun 2022 di Los Angeles dan tampil serba mewah. Kini, ada laporan mengatakan ia bakal memasuki produksi. Menurut Ketua Pegawai Kreatif jenama tersebut, X Convertible akan dijual ketika pertemuan tahunan Genesis.
Namun begitu, masih belum ada apa-apa kepastian. Menurut laporan Motor1.com yang berjaya mendapatkan pengesahan dari wakil Genesis mengatakan tiada lagi perancangan masa depan untuk konsep Genesis X Convertible ini. Sekiranya konsep X Convertible ini memasuki pengeluaran, jualannya pasti akan berada pada tahap yang sangat rendah tetapi ia tetap termasuk dalam senarai dalam model-model kereta premium. Kemungkinan besar ia akan menelan kos pengeluaran sekitar $200,000 atau $300,000 (RM849,631.55 atau RM1,274,447.33).
X Convertible ini memakai rekaan Athletic Elegance yang menampilkan hood panjang dan deck belakang pendek. Selain itu, di bahagian hadapannya menampilkan jalur lampu di mana bahagian bawah menghampiri bahagian tengah untuk menghasilkan cahaya yang memperlihatkan bentuk grille.Bagi kereta konsepnya, X Convertible didatangkan dengan teknologi tinggi untuk lipatan atap. Sekiranya tidak dibuka, terdapat moonroof lutsinar yang masih memberikan penumpang menikmati keindahan langit khususnya pada waktu malam.
Bahagian kabin menampilkan kokpit yang memberikan fokus terhadap pemandu. Pemapar digital menunduk sekitar pemandu dengan penampilan yang cukup menarik perhatian. Namun, ia tidak sesuai atau banyak kegunaan untuk penumpang yang ingin menyentuh skrin kerana mereka perlu ‘melangkaui’ pillar.
Bagi makluman, X Convertible merupakan konsep ketiga dari Genesis. Sebelum ini, The X dan X Speedium Coupe yang mana kedua-duanya merupakan kereta elektrik. Bagaimanapun, jenama ini masih belum memaklumkan trenkuasa yang spesifik.
Sumber : Motor1