Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Sasar Pelumba Novice Dan Pro Amatur!

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2023-01-27
in BULETIN, UTAMA
0

Semasa Malam Gala National Drift Series pusingan ketiga, NDS GP telah mengumumkan liga terbaharu mereka iaitu NDS Lites dan Sarawak Drift Championship. Permulaan baharu untuk National Drift Series LITES 2023. Sebanyak lima pusingan untuk tahun 2023 yang bakal dianjurkan oleh Drift Nutz dan Android King Malaysia.

NDS LITES merupakan liga seterusnya atau satu tahap lebih tinggi yang menyasarkan golongan pelumba Novice dan Pro Amatur untuk menempatkan mereka dalam golongan Semi Pro iaitu NDS GP. Permulaan agak baik untuk NDS LITE menerusi pusingan 1 yang diadakan baru-baru ini di Shah Alam Drift Area pada 7 Januari lalu.

Bagi pusingan 1, NDS LITES mengalu-alukan Luxxan Tire sebagai Rakan Tayar Rasmi untuk pusingan kali ini. Manakala barisan para juri terdiri daripada Mervyn Nakamura (angle), Kapt.K (line), Terenz (style) dan Villian Heng (speed). Lebih dari 30 kereta telah menyertai pusingan 1 NDS LITES ini termasuk pelumba Novice dan Pro-Am.

Para pelumba telah melakukan persiapan untuk dinilai memandangkan drifting ini diukur dari segi garis (lines), kelajuan (speed), sudut (angle) dan juga gaya (style). Semua pelumba yang menyertai pusingan kali ini sangat arif dalam mengendalikan jentera masing-masing.

Tidak dinafikan, suasana amat mendebarkan sepanjang berlangsungnya sesi kelayakan untuk Novice dan Pro-Am serta Top 24. Namun, para pelumba bersama jentera mereka telah mempamerkan prestasi cemerlang hingga memukau para penonton yang turun padang menyaksikan perlumbaan ini. Semoga, lebih ramai pelumba dengan skill yang hebat mengambil bahagian dalam NDS LITES.

Penganjuran NDS LITES pusingan 1 yang dibawakan oleh Exquisite Motorsports Club telah mencatatkan kejayaan yang tersendiri. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua yang hadir memberi sokongan sepanjang pusingan 1 NDS LITES di Shah Alam. Tahniah juga kepada semua pelumba khususnya yang memenangi pusingan pertama ini. Jumpa ada di pusingan kedua NDS LITES yang bakal diadakan pada Mac nanti!

Previous Post

Maserati GranTurismo Trofeo PrimaSerie

Next Post

Sekiranya Dikeluarkan, Bakal Tersenarai Sebagai Kereta Premium

Next Post

Sekiranya Dikeluarkan, Bakal Tersenarai Sebagai Kereta Premium

CAPAIAN

  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved