Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Segak, Tegap dan Harmoni

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-02-06
in SHOW OFF, UTAMA
0


Waja ini bukan sahaja memiliki penampilan bersahaja yang elegan, tapi ruangan audionya telah mendapat peningkatan yang mendadak berbanding sistem asal. Seperti yang semua telah maklum tentang kualiti bunyi OEM, mana mungkin peningkatan sedikit mampu mengubah kualiti bunyi pada julat peratusan yang besar. Contohnya, menukar pemain CD berkualiti tanpa menyentuh mana-mana bahagian speaker dan hanya mengharapkan kuasa yang dibekalkan pada pemain gantian tadi. Itu tidak mungkin berlaku.

Perubahan yang besar perlu dibuat dalam memastikan kereta ini mendapat kualiti yang dikehendaki. Proses pertama yang dibuat ialah menebat bahagian badan supaya tahap kekedapan boleh ditingkatkan. Penggunaan bahan kedap aftermarket ini dibuat pada panel pintu, bumbung, lantai, hud depan, firewall enjin dan juga pada keseluruhan but belakang. Tidak cukup dengan itu, kerangka bawah kereta ini telah diisikan dengan foam yang mengeraskan casis dan juga menambah kekedapan bunyi keseluruhan.

Ini semua dilakukan kerana ingin mendapatkan padanan bunyi yang tidak sia-sia. Pemilihan sistem yang dibuat juga bukanlah kelas ‘cap ayam’. Pemainnya sahaja adalah dari Alpine siri IVA-800 dan pemproses bersama PXA-800. Pemain dan pemproses ‘bijak’ ini telah membantu aspek keluaran bunyi dan juga penalaan pelbagai lapisan. Pada peringkat ini, projek kereta ini sudah mendapat 50 peratus kualiti bunyi terbaik yang dikehendaki walaupun kelak dipasangkan dengan speaker bukan premium.

Tapi sudah tentulah anda tidak akan berselipar jepun bila menaiki pesawat kelas perniagaan bukan? Sama halnya dengan kereta Waja ini yang dipasangkan dengan speaker German Maestro dan pembekal kuasa Sinfoni. Duet yang mantap untuk sebuah sistem yang sudah pastinya memberi keputusan yang sempurna.

Sebanyak 4 unit amplifier Sinfoni Grave 165.2 dipasangkan untuk memperkasakan kuasa yang diperlukan. Saya juga tidak berapa arif, rasional di sebalik pemasangan 4 unit amplifier ini kerana secara teorinya, tiga sudah cukup untuk memnbekalkan kuasa pada kesemua speaker yang digunakan. Namun, semuanya berbalik kepada kepuasan dan yang paling penting, kemampuan untuk memiliki apa yang dikehendaki hati serta secocok dengan citarasa. Itulah yang dipraktikan oleh pemilik kereta Waja ini.

Seperti yang dilihat pada kabinnya, di penjuru tiang A ialah sistem 3-way yang menampilkan set speaker komponen German Maestro dari siri M-Line; MS 654010. Ia terdiri dari 2 unit mid 6”, 2 unit speaker 4” dan 2 unit tweeter. Rekaan perumah pada tweeter dan speaker 4” agak ringkas atau lebih tepatnya, tiada kerja-kerja customization yang rumit padanya. Kedua-dua speaker ini dipasangkan dalam kon masing-masing dan sebenarnya lebih bersifat ‘satelit’. Dari segi teori, ia bukanlah set-up yang bagus tambahan pula gugusan kiri dan kanan sistem ini menggunakan punca kuasa dari amplifier yang berlainan. Sudah tentulah penalaannya menjadi mimpi ngeri.

Namun kelebihan sebenarnya terletak pada PXA-H800 tadi yang membenarkan band dilaras pada lengkok yang lebih luas. Bukan itu sahaja, jajaran masanya membolehkan staging di hadapan dibuat mengikut kepuasan pemandu. Maksudnya kerusi pemandu akan mendapat lingkungan bunyi yang paling bagus berbanding mana-mana posisi tempat duduk dalam kereta ini.

Melengkapkan sistem ini ialah seunit woofer 10” German Maestro dari Five Series; 5W10. Woofer ini dipasangkan ringkas sahaja; dalam sebuah kotak kayu di dalam but belakang. Tiada hiasan berwarna warni atau limpahan lampu neon. Warna temanya juga mudah iaitu hitam. Keseluruhan bahagian but belakang kereta ini juga kelihatan sangat ‘normal’ kalau mengikut standard jurugambar kami yang biasanya hilang fokus bila melihat but yang penuh dengan aksesori berwarna warni.

Sepertimana kelazimannya, set lengkap sistem SQ 3-way lebih menumpu kepada kualiti dan bukannya kepada hiasan. Kalau ada pun, ia sekadar bonus kerana mata sebenar datang dari hasil bunyi akhir. Waja ini sememangnya menang di sudut itu. Bunyi yang harmoni, menjadikan muziknya seakan sebuah simfoni. Ringkasnya, kereta ini menepati kriteria pembinaannya. Tidak agresif tapi cukup elegan dan eksklusif.

Previous Post

Kembali Untuk Kali Ketiga

Next Post

Program FD Santai Di Nahara Kalumpang

Next Post

Program FD Santai Di Nahara Kalumpang

CAPAIAN

  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved