Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Rusa America Sound, Setajam Helang

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-08-20
in SHOW OFF, UTAMA
0

Pemilihan ikon adalah perkara paling penting untuk sesuatu jenama. Ia bukan sekadar menjadi perlambangan kepada jenama yang ingin diwakilinya. Subjek yang dipilih perlu tepat menerangkan misi yang dibawa jenama tersebut. Begitu juga halnya dengan salah satu jenama yang terhangat di pasaran ketika ini, America Sound. Sehingga kini, ramai maklum ikon yang mewakili jenama ini ialah helang sepertimana sinonimnya haiwan pemangsa ini dengan Amerika. Pasti ada yang mempersoalkan, kenapa helang? Kenapa bukan harimau atau serigala?

Jawapannya amat mudah, helang memiliki visi tepat dan juga tahap kepekaan paling tinggi tentang apa yang berlaku di sekelilingnya berbanding haiwan pemangsa lain. Sehinggakan haiwan yang juga mangsa bersembunyi di celahan batu pun dapat dikesan dan disambar dengan mudah. Secara kasarnya, ciri-ciri inilah yang perlu ada untuk mewakili jenama America Sound. Dalam bahasa yang lebih mudah; tepat dan peka. Tepat dalam menghasilkan produk menepati kehendak pecinta ICE. Peka dalam perkembangan arus teknologi terkini untuk disadurkan dalam produknya. Hebat bukan?

Hebat atau tak hebat jenama ini bukan diukur menerusi ikon, sebaliknya kualiti produk keluarannya. Adakah barisan produk keluaran America Sound setanding dengan haiwan pemangsa terhebat ini? Bagi para peminat setianya, pasti sedia menyokong jenama ini pada bila-bila masa saja. Namun untuk membuktikan adakah ianya benar-benar hebat, pihak Kar HiFi diundang ke sebuah installer untuk menyaksikan van demo. Van Rusa yang dipenuhi dengan produk jenama America Sound.

Pembinaan sistem ICE pada sebuah van selalunya dianggap mudah. Ini kerana installer bebas berimaginasi dengan penggunaan aksesori yang banyak bagi mendapatkan sistem yang benar-benar kuat. Kerja pendawaian pun dilakukan dengan selamat dan kemas. Namun begitu, kenderaan bersaiz besar juga berhadapan dengan masalah ruang. Ruang yang besar memberi peluang kelompangan pada bunyi yang dihasilkan. Bunyi lompang bermaksud ruang-ruang kosong. Kalau situasi ini terjadi, memanglah tak seronok. Nampak sangat penipu, sistem besar tapi suaranya pula kosong.

Selain masalah dihadapi installer untuk membuat pemasangan secara kreatif dan efektif, masalah turut dialami oleh saya sendiri. Masalah? Kenapa pula? Tentulah masalah untuk mengarang. Mengarang supaya isinya menjadi cantik dan tidak melalut. Kalau tersalah guna ayat, terbelit-belit membuatkan pembaca tak faham. Bukan pembaca saja yang tak faham, yang mengarang pun merapu ke laut. Mungkin disebabkan itu jugalah, hampir 2 minggu artikel ini tidak berganjak ayatnya. Apa-apa pun, usaha tangga kejayaan. Harap pembaca faham.

Sebesar atau sekecil mana pun sesebuah kenderaan untuk pemasangan sistem ICE, semuanya bergantung kepada pemain utama. Senang cerita, ‘kepala’ kepada badan sistem ICE. Bagi melengkapkan sistem ICE yang mengisi badan Rusa ini, installer telah menggunakan dua pemain utama. Tetapi secara dominannya dikuasai oleh pemain utama Cyber Scorpion. Bagi membantu menterjemahkan isyarat yang dibaca oleh pemain utama ini, 2 unit ‘line driver’ 6 channel America Sound RS6LD digunakan. Oh ya, sebelum itu, harus diingatkan, majoriti aksesori yang menghuni Rusa ini berjenama America Sound.

Beralih pula kepada sistem bantuan, pre-amp 7 band. Dengan bantuan pre-amp ini, mudah untuk pemiliknya mengubah bunyi yang dimahukan mengikut citarasa. Maklumlah, citarasa boleh berubah. 2 unit pre-amp America Sound digunakan, US7.1 SQ. Bermula di medan ini, isyarat dibahagikan kepada 2 laluan. Laluan pertama mengkhusus kepada isyarat yang diagihkan kepada 3 unit ampilifer monoblok. 3 unit amplifier monoblok America Sound US 3500.1D ini bertugas untuk memacu barisan woofer. 1 daripada 3 unit amplifier ini memacu 4 unit woofer America Sound US12.1DM. Manakala setiap satu dari 2 unit amplifier monoblock yang tertinggal memacu 3 unit woofer dari model sama dan menjadikan jumlah keseluruhan woofer yang digunakan sebanyak 10 unit.

Laluan kedua pula harus melalui 1 unit crossover elektronik America Sound RS 3EC sebelum isyarat diagihkan kepada 3 unit amplifier 4 channel America Sound RS100.4 SMD. Sekarang tibalah bahagian yang rumit. Rumit untuk menerangkan laluan satu per satu. Dimulakan dengan amplifier pertama, ditugaskan untuk memacu 2 unit horn tweeter America Sound UST6 yang diletakkan di bahagian hadapan dan 6 unit horn tweeter 30 mm US30HT yang ditempatkan pula di bahagian belakang, bersama-sama sistem ICE lain. Amplifier kedua pula ditugaskan untuk memacu 4 unit tweeter neodymium America Sound RF55T. Manakala amplifier ketiga, yang juga terakhir digunakan untuk memacu 6 unit speaker range America Sound US6SPL. Secara tidak langsung, menjadikan jumlah anggota dalam sistem ICE ini sebanyak 18 unit ditambah pula dengan 10 unit woofer tadi, 28! Wow. Banyak tu?

Bagaimana pula caranya installer menyumbat kesemuanya dalam Rusa ini? Hasilnya dapat dilihat dengan mata sendiri. Jujurnya, installer berjaya mengelak keadaan yang sesak dan menjadikan ruang belakang ini tampak menarik. Susunan yang kemas tanpa mencacatkan kualiti bunyi. Atau, mungkinkah kerana faktor ketepatan dan ketajaman yang dihasilkan America Sound membuatkan sistem ini lengkap?

Previous Post

Throwback : Audioshow Fest @ Karnival Tahun Baru Cina 2019

Next Post

Mini 'G' Maestro

Next Post

Mini 'G' Maestro

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved