Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Racks on Racks

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2021-01-19
in SHOW OFF, UTAMA
0

Kereta dengan sistem audio talaan SPL lazimnya memberatkan sudut eksterior atau interior atau kedua-duanya. Namun Iswara dari Sabah ini, mengimbangi kedua-duanya sekali serta memberikan keutamaan terhadap pembinaan sistem audio. Ya, binaan sistem audio lebih menyerlah berbanding sudut-sudut lain dan untuk mengetahui tentangnya anda harus kekal mengikuti kisahnya di sini.

Mungkin dari sudut eksterior, ianya sedikit hambar dengan hanya tampalan pelekat Red Indian di bahagian atas bonet hadapan ditemani pelekat Mohawk. Pelekat dengan lambang Mohawk sekali lagi digunakan dan dilekatkan di bahagian kiri kanan badan Iswara. Secara tidak langsung memperlihatkan bahawa Iswara ini memang dibangunkan dengan jenama yang digemari pencinta audio khususnya penggemar sistem talaan SPL.

Kenapa Racks on Racks? Apakah kaitan Iswara ini dengan lagu nyanyian Young Chris atau dalam versi Melayu Bertingkek-Tingkek nyanyian Waris? Apa yang bertingkat dan di mana raknya? Jika ada, apa fungsi dan kegunaan rak itu? Inilah bahagian penting dan menyerlah dalam Iswara yang turut disolek dengan pemakaian interior VIP, lengkap dengan replika bar di bahagian tempat duduk belakang. Dibaluti kusyen lateks hitam, diselang-selikan butiran mutiara, interior Iswara ini tampak mewah dan sangat berbeza berbanding eksteriornya.

Sebelum menyelongkar bahagian rak bertingkat-tingkat ini, adalah lebih elok kita menyelusuri arus perjalanan sistem audio ini dari awal lagi. Dimulakan dengan pemain utama dari Alpine untuk membaca segala data media yang ingin dimainkan. Bagi memperkasakan isyarat yang telah diproses, seunit pre-amp Mohawk digunakan. Pemasang sistem audio Iswara ini juga menyediakan pemain alternatif dengan memasang seunit lagi pemain MCX-620UB.

Setelah menjalani proses melicinkan lagi kualiti yang dihasilkan oleh pre-amp, isyarat ini dipancarkan dan dibahagikan pula mengikut julat yang tepat kepada tiga unit amplifier. Ketiga-tiga amplifier dari Mohawk ini pula mempunyai fungsi yang tersendiri. Sebanyak 2 unit amplifier monoblock Mohawk M-200.1 dan seunit amplifier 4 channel telah digunakan. Setiap satu unit amplifier ini digunakan untuk memacu seunit woofer Mohawk, manakala baki seunit lagi amplifier 4 channel bertugas menguasakan sejumlah 6 unit mid bass Mohawk serta 2 unit bullet tweeter.

Seperti kebanyakan sistem audio lain, Iswara ini turut dibahagikan kepada dua; hadapan (kokpit) dan belakang (bonet). Sebanyak dua unit mid bass dipasangkan di kiri dan kanan panel pintu, 4 yang lain disimpan di bahagian belakang. Tiada apa yang berbeza untuk susunan audio di bahagian kokpit tetapi ianya sangat berbeza untuk sistem audio di bahagian belakang.

Keempat-empat mid bass ini diletakkan dalam kerangka khas yang disusun mengikut aras berbeza, membuatkan ia kelihatan bertingkat-tingkat dan disempadankan pula oleh 2 unit bullet tweeter. Menambahkan lagi konsep Racks on Racks, 2 unit woofer Mohawk disimpan di bahagian bawah perumah khas. Susunan amplifier pula dibuat secara berlapis-lapis, dua di bahagian bawah dan seunit di atas menyempurnakan konsep bertingkat-tingkat ini. Say what? “Audioku bertingkek-tingkek, audioku bertingkek-tingkek!”

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi 68

Previous Post

Ever Cheerful Venom

Next Post

The Flowing Sound!

Next Post

The Flowing Sound!

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved