Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Ever Cheerful Venom

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-10-08
in SHOW OFF, UTAMA
0

Penampilan bersahaja tetapi ceria pemuda ini jelas menceritakan tentang keperibadiannya secara sepintas lalu. Ia dibuktikan menerusi kenderaan miliknya. Civic kepunyaan Gus De ini dipenuhi kelengkapan aksesori audio dari jenama Venom. Manakala untuk sudut interior, ia disaluti fabrik penuh, kombinasi warna jingga dan putih. Silap haribulan, tentu tiada sesiapapun menjangka, pemilik kereta ini adalah seorang jejaka.

Jejaka urban ini memang sangat ringkas. Gemar dengan kehidupan yang santai tetapi apabila berbicara tentang ICE, Gus De sangat serius! Tidak mahu berkisah panjang tentang obsesi Gus Dur yang satu ini kerana ia sangat ketara dan jelas kelihatan pada jentera Civic yang sedia memikul sebuah sistem ICE. Disebalik warna ceria, terpampang satu sistem ICE yang cemerlang.

Sebagaimana dinyatakan sebentar tadi, Civic yang dibangunkan agar kelihatan sentiasa ceria ini dibina menggunakan jenama Venom secara menyeluruh untuk sistem audionya. Ini bagi memastikan kualiti yang konsisten selain mahu mempromosikan jenama Venom di medan pertempuran. Maklumlah, tujuan ianya dibina bukan sekadar untuk memuaskan kehendak atau hobi semata-mata sebaliknya, ia juga khusus untuk dipertaruhkan.

Bergabung dengan Omletz Community, Civic yang ditemui di kota Denpasar ini segera menarik pendengaran bagi sesiapa sahaja yang kebetulan melintasi kawasan ini atau mereka yang berada berhampiran. Ditambah pula dengan muzik rancak, hampir mustahil untuk menafikan kehadiran Civic ini. Bermula dari pemain utama, seunit pemain dari jenama Pioneer, mencetuskan detik yang menjanjikan kecemerlangan pada hasil akhirnya. Pemain utama yang ditugaskan untuk menggalas tanggungjawab ini; AVH-P3250DVD.

Siri AVH bukan sesuatu yang asing khususnya untuk pencinta audio, terutama sekali kepada mereka yang mementingkan kelebihan berhibur sambil mencuci pemandangan menerusi hiburan visual. Berkerjasama dengan rapat dengan pemain ini merupakan 2 unit amplifier dari siri Intelligent keluaran Venom. Mungkin secara kasarnya, mustahil untuk memacu sejumlah barisan speaker hanya dengan 2 unit amplifier. Di sinilah peranan pemasang yang sebenar dalam membahagi kuasa yang diperlukan pada setiap speaker tanpa mengurangkan kecemerlangannya.

Menyelusuri perjalanan laluan isyarat yang diperbesarkan amplifier tadi membentuk 2 laluan baru. Laluan pertama dikhususkan untuk memacu 2 unit woofer 12” Venom yang sengaja dipasangkan secara terbalik bagi memberikan impak yang lebih optimum. Manakala laluan kedua pula dianggotai gugusan speaker yang menduduki bahagian dalam kereta dan juga 2 unit speaker coaxial Venom siri X di bahagian bonet tetapi dilekapkan pada boot lid, menemani kemantapan bass yang dihasilkan menerusi hentaman 2 unit woofer tadi.

Bagi bunyi dalaman, 4 unit speaker coaxial dipasangkan di bahagian tempat duduk penumpang belakang sekaligus memberikan staging sempurna yang kemudiannya dibantu mid bass. 2 unit mid bass Venom dari siri Intelligent dipasangkan pada panel pintu di bahagian kokpit hadapan sekaligus melengkapkan staging Civic ini. Proses terakhir, memberi keseimbangan dengan menambahkan 2 unit tweeter di bahagian Pillar A. Wah, lengkap sudah!

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi 67

Previous Post

Proton X50 : Tiada Pihak Ketiga Untuk Tempahan

Next Post

Racks on Racks

Next Post

Racks on Racks

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved