Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Preve Mr. Batman

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-08-20
in SHOW OFF, UTAMA
0

Apakah yang menjadikan sebuah kereta itu istimewa? Adakah kerana ia laju seperti roket? Atau bodykit kembang semangkuk menyapu bumi?

Setiap orang ada pandangan yang berbeza terhadap apa yang dikatakan istimewa. Misalnya, peminat kereta laju yang tak peduli bentuk kereta, bumper londeh cat bercompang-camping, kerusi koyak atau aircond tak sejuk sekali pun.

Berbeza dengan penggemar autoshow yang sukakan kesempurnaan. Bagaimana cara untuk mencapainya juga bergantung kepada kecenderungan masing-masing. Sebab itu kalau di pameran Autoshow kita boleh lihat kereta yang nampak biasa sahaja dan ada sebahagiannya nampak memang sangat luar biasa.

Ini ialah Proton Preve yang boleh dikatakan tidak popular langsung untuk diubahsuai oleh peminat modifikasi tempatan. Sepanjang kami menerbitkan majalah ini, tak sampai lima buah pun yang pernah kami siarkan untuk tatapan pembaca.

Tapi “rare” bukan bermakna tidak banyak. Ada yang minat tapi mungkin kami tak jumpa.

Modifikasi kereta ini bermula dengan kerja pembinaan custom yang meluas. Ia bermula dengan bahagian dalamannya, salutan semula bahagian vinyl, fabrik dan lelangit bumbung menggunakan bahan PVC berwarna-warni. Panel-panel pintu dan lantai juga dihias semula dengan kombinasi pilihan warna merah putih.

Cepat kotor? Susah jaga? Memang pun. Sebab tu, ia hanya digunakan sekali-sekala sahaja. Preve ini pada kebanyakan waktunya hanya dipamerkan di petak pertandingan dan juga pameran audio kereta.

Sistem audio dimulakan dengan pemain DVD aftermarket berlatarbelakangkan skrin 7” bersaiz penuh. Ia merupakan unit utama yang disambungkan kepada empat unit amplifier untuk tujuan yang berbeza. Tiga unit amplifier empat saluran menggabungkan kuasa untuk pembesar suara hadapan dan juga sistem utamanya di belakang. Di bahagian kokpit, ia dipasangkan dengan dua unit speaker jenis komponen 6.5” pada panel pintu dan 2 unit dome tweeter yang diletakkan di kedua-dua sudut dashboard. Di bahagian but belakang yang merupakan gugusan sistem audio sebenar menampilkan empat unit mid bass PA 6.5” dan dua unit horn tweeter.

Masing-masing dipasangkan pada perumah buatan khas yang direka selaras dengan rekabentuk ruang but Preve yang agak besar. Justeru, saiz tidak lagi jadi masalah utama. Gelombang rendah untuk sistem bunyi ini dikendalikan oleh dua unit woofer 12” PA yang dipasangkan pada kotak buatan khas dengan kedapan bunyi yang diuji berkali-kali. Woofer ini mendapat kuasa dari seunit power amplifier kelas D monoblok yang cukup untuk mengejutkan jiran sebelah rumah anda bangun solat subuh.

Apa lagi?

Monitor TFT kecil dipasangkan pada bahagian yang strategik. Bukan sahaja untuk tujuan pameran pada but belakang, malah ia melibatkan bahagian panel pintu belakang, dan juga ruang dalamannya. Meriah betul. Untuk melengkapkan keseluruhan imej korporat, eh silap, imej autoshow, kereta ini telah dipadankan dengan kerja kemasan kit badan custom. Ia melibatkan pelebaran fender hadapan dan arch roda belakang, kemasukan bumper hadapan rekaan bebas dan belakang dan akhir sekali sebuah GT Wing custom untuk mengakhiri imej sporty nya.

Di penghujung hari, di akhir cerita, ia sebuah pengubahsuaian kenderaan yang seimbang.

Ada rupa, gaya, dan bunyi.

Previous Post

Throwback : Konvoi Jelajah Terjah EOCMotorsport 2018

Next Post

Blaupunkt Velocity Power

Next Post

Blaupunkt Velocity Power

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved