Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Blaupunkt Velocity Power

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-08-09
in SHOW OFF, UTAMA
0

Sejak awal penubuhannya pada sekitar tahun 1923 di Berlin, Blaupunkt merupakan antara jenama yang berpengaruh serta memegang reputasi cemerlang sebagai salah satu pengeluar audio terbaik di seluruh dunia. Namun begitu, susun galur perjalanan Blaupunkt bukan mudah. Walaupun menjadi pilihan ramai penggemar audio sama ada untuk sistem audio kereta, sistem audio di rumah dan juga perkakasan elektronik, Blaupunkt turut menghadapi zaman jatuh dan bangun serta melalui pelbagai perubahan demi keberterusannya sehingga ke hari ini.

Di Malaysia sendiri, terdapat beberapa fasa perubahan yang berlaku ke atas Blaupunkt tetapi ia berjaya ditangani dan kekal mendapat tempat di hati para penggemar serta penggiat dunia audio khususnya peminat tegar jenama ini sejak zaman berzaman. Pelbagai usaha giat dijalankan bagi memastikan jenama ini kekal relevan dan sentiasa berkembang mengikut perubahan teknologi serta menepati kehendak pasaran. Ya, itu perkara paling penting.

Tidak cukup sekadar mengeluarkan produk terbaharu, Blaupunkt turut mengambil langkah yang juga agak popular di kalangan pengeluar jenama audio lain iaitu membina sebuah kereta demo. Kereta demo yang sedia menanti kehadiran kami untuk sesi penggambaran tempoh hari ini dilengkapi dengan jenama audio Blaupunkt dari siri Velocity Power. Seperti kereta-kereta demo lain, Myvi ini menjalani persiapan cukup rapi sebagai kereta demo terutamanya dari segi penampilan dengan warna ikonik putih, biru serta pelekat Blaupunkt.

Sebelum itu, pasti ramai yang sudah tahu tentang nama asal Blaupunkt tetapi suka untuk saya berkongsi semula sebagai selingan. Blaupunkt atau dalam bahasa Jerman yang bermaksud titik biru (blue dot) telah dipilih untuk menggantikan nama asalnya Ideal pada tahun 1938. Ini ekoran fon kepala (headphones) keluarannya yang ditandakan titik biru sejurus selesai ujian kawalan kualiti. Bukan itu sahaja, para pembeli juga lebih senang menggunakan perkataan Blaupunkt berbanding Ideal. Menarik, bukan?

Baiklah, kereta demo Myvi ini dimulakan dengan pemain utama 2-din Chicago 600 yang didatangkan dengan pelbagai ciri lain termasuk panel kapasitif, skrin sesentuh, pemapar PhoneLink bersama android dan iphone dan juga kemudahan navigasi. Lebih istimewa lagi, ia turut dilengkapi dengan sistem navigasi bagi memberi perlindungan keselamatan kepada pemandu sepanjang perjalanan. Namun, apa yang buat saya benar-benar suka tentang barisan pemain utama keluaran Blaupunkt ini adalah nama modelnya yang mengangkat nama-nama bandar. Sejak meningkat usia ni, saya lebih gemar menggunakan model yang mudah diingat. Bijak benar percaturan Blaupunkt!

Seterusnya, data format media dari audio atau video yang telah dibaca serta diproses oleh pemain utama Chicago 600 tadi disalurkan pula kepada seunit amplifier 6 channel dengan pemproses isyarat digital, MP68A. Pemproses ini membantu memaksimakan prestasi audio dengan membina sambungan di antara pemain utama dan amplifier. Output isyarat muzik (bunyi) dari pemain utama disalurkan ke bahagian pemproses isyarat digital dan dialirkan pula ke bahagian amplifier.

Sebelum proses ini, DSP akan menambahbaikkan isyarat crossover, equalizer, line output dan mengubahnya agar menjadi satu unit bersama penjajaran masa yang sempurna. Jadi, tiada masalah sekiranya speaker yang dipasangkan berada jauh atau di posisi yang berbeza. DSP ini mampu mengukur jarak yang tepat untuk pendengar atau pemandu agar bunyi yang dihasilkan kesemua speaker adalah sekata pada masa yang sama. Bermula dari sini, isyarat dihantarkan pula kepada barisan speaker.

Sebanyak 4 set speaker telah digunakan yang terdiri dari 2 set speaker komponen 2 hala MPS1662 C30 dan 2 set speaker komponen GTx 1662 C20. Kesemua set speaker ini dipasang dengan memenuhi ruang dalam kereta. 2 set dipasangkan di bahagian hadapan dan dua lagi di bahagian belakang, khusus untuk para penumpang. Di bahagian hadapan, setiap satu unit tweeter dipasangkan bersama pemegang tweeter yang menghiasi sudut pillar A. Setiap satu unit mid bass pula dipasangkan pada panel pintu. Begitu juga seterusnya untuk 2 set speaker komponen yang dipasangkan di bahagian belakang. Bezanya, kedua-dua tweeter ini ditanam terus dan bukan dipasangkan bersama pemegang.

Bagi menyempurnakan sistem audio kereta demo Blaupunkt Velocity Power ini, dua unit aktif subwoofer aktif didatangkan bersama amplifier binaan dalam telah digunakan. Seunit aktif subwoofer XLf 180A telah disimpan di tempat letak kaki penumpang di bahagian hadapan. Manakala seunit aktif subwoofer XLf 200A ditanamkan di bahagian ruang tempat letak barang bersama amplifier tadi.

Sebagai sebuah kereta demo, tidak lengkap tanpa hiburan secara visual. Justeru itu, Blaupunkt telah memasang 3 unit monitor yang terdiri dari 2 unit monitor headrest Venice 900 DHRM dan seunit roof monitor Rome 900RM. Jika anda terjumpa kereta demo Myvi Blaupunkt ini, jangan lupa ambil peluang untuk mendengar sistem audio hasil dari pemasang siri Velocity Power. Nasihat saya, sediakan duit lebih. Mana tahu, anda mahukan sistem yang sama!

Previous Post

Preve Mr. Batman

Next Post

Throwback : Karnival Anak Muda 2018

Next Post

Throwback : Karnival Anak Muda 2018

CAPAIAN

  • May 2026
  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved