Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Pilihan Lebih Selamat Untuk Pelanggan Wanita

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2022-03-18
in BULETIN, UTAMA
0


Perkhidmatan ‘e-hailing’ airasia Super App, airasia ride memperkenalkan pilihan pemandu wanita dikenali sebagai LadiesONLY untuk pelanggan wanita.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Airasia Ride, Lim Chiew Shan berkata, ciri LadiesONLY akan memberikan pilihan kepada penumpang wanita untuk memilih pemandu wanita bagi perjalanan yang lebih selesa.

Katanya, pelancaran LadiesONLY ini juga adalah permulaan kepada ciri Pemandu Komuniti yang akan dikembangkan tidak lama lagi.

“Ciri Pemandu Komuniti kami menawarkan kelainan baharu dalam perjalanan harian anda. Sama ada ingin melakukan perjalanan segera, menikmati perjalanan yang jauh untuk ke pejabat, memerlukan seseorang untuk memandu kenderaan anda atau ingin menikmati perjalanan yang lebih tenang, semuanya tersedia di airasia ride.

“Pelbagai ciri menarik baharu pada airasia Super App akan disediakan tidak lama lagi apabila menempah perjalanan dengan airasia ride,” katanya selepas pelancaran LadiesONLY di sini, hari ini.
airasia ride ketika ini mempunyai 500 pemandu wanita yang disasarkan untuk meningkat kepada 5,000 pemandu tahun ini.

Chiew Shan berkata, airasia ride juga akan menaja pemandu wanita yang ingin menyertai syarikat itu buat kali pertama tanpa pengalaman dalam bidang seru pandu atau tidak memiliki lesen perkhidmatan sedemikian.

Katanya, airasia ride menawarkan faedah eksklusif bernilai sehingga RM400 seperti pengecualian yuran untuk kursus pembelajaran dan ujian PSV serta pemeriksaan perubatan percuma.

“Pemandu wanita aktif dan baharu juga akan menerima kamera dalam kenderaan percuma, tertakluk kepada terma dan syarat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif airasia Super App, Amanda Woo, berkata kumpulan sentiasa berinovasi untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih baik dan pengalaman yang diperibadikan untuk pengguna airasia Super App, pemandu dan rakan penghantar.

Katanya, kumpulan yakin ciri Pemandu Komuniti, bermula dengan ciri LadiesONLY akan menarik minat pengguna sedia ada airasia ride dan menarik lebih ramai pengguna baharu.

“Malah, kumpulan juga sentiasa memperkasakan pemandu dengan memberikan 85 peratus daripada tambang bersih (tidak termasuk caj tol) sebagai bayaran kepada pemandu.

“Ia lebih tinggi daripada perkhidmatan seru pandu lain di pasaran, menjadikannya pilihan pekerjaan sambilan dan peluang menjana pendapatan sampingan yang berdaya maju.

“Tambang untuk perjalanan airasia ditetapkan berdasarkan harga yang berpatutan, mengambil kira kemampuan penumpang, di samping mengimbangi masa perjalanan tambahan berikutan kesesakan trafik,” katanya.
Sumber : Berita Harian

Previous Post

Adakah Pengeluaran Besar-Besaran Masih Diteruskan?

Next Post

Lexus Lancarkan Barisan Model Istimewanya Untuk Tahun 2022

Next Post

Lexus Lancarkan Barisan Model Istimewanya Untuk Tahun 2022

CAPAIAN

  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved