Sejak beberapa tahun lepas, pelbagai berita tentang kereta elektrik pertama yang dibina Apple Car heboh diperkatakan. Malah, ada sumber yang kononnya rapat dengan projek ini sering berkongsi perkembangan terkini di laman sosial Twitter yang menggunakan nama Ming-Chi Kuo.
Terbaharu, penganalisis ini berkongsi informasi bahawa pasukan projek khas ini telah dibubarkan tidak lama dulu. Kalau mengikut logiknya, tiada sesiapa yang bekerja untuk membangunkan projek ini. Menurut Kuo lagi, pengeluar iPhone ini cuba menyusun semula segala usaha tetapi mengambil masa lebih tiga hingga enam bulan untuk melengkapkan semuanya.
Sekiranya dalam tempoh ini masih tiada apa-apa perkembangan, kemungkinan besar Apple gagal memulakan pengeluaran Apple Car secara besar-besaran yang dijangkan dikeluarkan pada tahun 2025. Terdahulu, sumber terdekat mengatakan Apple merancang untuk melancarkan Apple Car pada tahun 2025 dengan sebuah prototaip yang dijangka berada di atas jalan raya pada tahun 2023.
Memandangkan pasukan Apple Car sudah dibubarkan, kereta prototaip untuk ujian juga bakal mengambil masa yang lebih lama. Sekiranya tidak, jangan berharap untuk melihat kereta ini di atas jalan raya. Sepertimana biasa, Apple masih terus merahsiakan segala-galanya. Mungkin, ini yang dikatakan strategi?
Sumber : Autoevolution