Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Perodua Aruz Diperbaharui Untuk 2021

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2021-05-10
in BULETIN, UTAMA
0

SUV tujuh-tempat duduk terlaris di Malaysia, Perodua Aruz, telah diperbaharui untuk 2021 tanpa perubahan harga, iaitu RM68,526 untuk varian X dan RM73,226 untuk varian AV, atas jalan sebelum insurans di Semenanjung Malaysia.

Kedua-dua varian kini dilengkapi dengan pemijak sisi bagi memudahkan penumpang masuk dan keluar dari kenderaan, serta penguncian pintu automatik apabila kelajuan melebihi 20 km/j (pintu akan dibuka secara automatik sekiranya berlaku perlanggaran). Warna baharu Passion Red (eksklusif untuk varian AV) menyertai warna-warna Granite Grey, Electric Blue, Glittering Silver dan Ivory White yang sedia ada.

“Perodua mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan kami yang telah memberikan maklum balas dalam membantu kami menambahbaik Aruz dalam memenuhi keperluan dan kehendak sebenar rakyat Malaysia dengan lebih baik,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

“Dengan jualan lebih 60,000 unit sejak kelahirannya pada 2019, Perodua Aruz telah menjadi SUV terlaris di Malaysia pada 2019 dan 2020. Namun, seiring dengan prinsip Kaizen, kami percaya bahawa tetap ada cara untuk menjadikan produk kami lebih baik.

“Penambahbaikan Aruz ini sejajar dengan rangka tindakan Perodua Smart Build; satu lagi contoh kerjasama simbiotik kami dengan para pembekal kami untuk menyesuaikan produk kami dengan keperluan dan kehendak rakyat Malaysia, dan melaluinya, meningkatkan lagi kemampuan para pembekal kami ke arah keberdikarian sepenuhnya,” tambah beliau.

Perodua Aruz menawarkan ruang yang luas, tahap keselamatan yang tinggi, serba boleh, praktikaliti dan kos pemilikan yang rendah dalam bentuk tujuh tempat duduk yang kompak.

Enjin empat-silinder 1.5 liter Dual VVT-i dengan blok aluminium bergabung dengan transmisi automatik kawalan elektronik dan Eco Idle untuk memberi kecekapan bahan api sehingga 15.6 km/l, menjadikan Aruz sebuah Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

Barisan tempat duduk kedua yang dibahagi 60:40 serta barisan ketiga yang dibahagi 50:50 boleh dilaras, dilipat dan digolek untuk menghasilkan pelbagai konfigurasi.

Dengan enam beg udara dan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) yang terdapat pada semua varian, serta sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) 2.0 pada varian AV, Perodua Aruz memegang penarafan keselamatan maksimum lima-bintang ASEAN NCAP.

Lampu hadapan LED, rim aloi dwi-tona 17-inci, kemasukan dan penghidup enjin tanpa kunci, serta sistem infohiburan skrin sesentuh dengan paparan kamera undur terdapat pada semua varian, manakala varian AV menambah lampu automatik, lampu kabus hadapan, kerusi kulit, HDMI, Smart Link, navigasi dan perakam video pemanduan.

“Antara semua model kami, Perodua Aruz menikmati penurunan harga yang paling curam akibat pengecualian cukai jualan kerajaan, iaitu sebanyak 6%, atau lebih RM4,000. Oleh itu, jika anda inginkan Aruz, tempahlah sekarang – pengecualian cukai jualan dijangka berakhir kurang daripada 60 hari lagi,” kata Dato’ Zainal.

Previous Post

Street Audio, Seribu Satu Pengalaman!

Next Post

Pelan Pembiayaan Khas Dari Hyundai-Sime Darby Motors Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri

Next Post

Pelan Pembiayaan Khas Dari Hyundai-Sime Darby Motors Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri

CAPAIAN

  • May 2026
  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved