Dunia audio masih mendapat tempat dalam kalangan para pencinta dan penggiat industri sama ada dalam mahupun luar negara. Disebabkan minat ini juga, lahirnya pelbagai pertandingan untuk mengukur kebolehan serta kemahiran para peminat dalam menterjemahkan kehebatan masing-masing. Bagi menilai dan mengukur bakat para peserta, barisan juri yang berkaliber amat penting agar dapat menobatkan hanya yang terbaik dari yang terbaik sebagai pemenang.
Justeru, satu program khas iaitu The International Judge Training telah dianjurkan baru-baru ini. Dihadiri seramai 24 orang peserta, program ini mendapat sokongan padu dari pakar-pakar ketua juri antarabangsa EMMA iaitu Steven, Ricky, Eddie dan juga Kevin dari Indonesia.
Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada pihak penganjur dan juga para peserta kerana berjaya menyempurnakan program ini dalam memperkukuhkan lagi barisan pelapis juri yang baharu. Kesudian serta semangat positif para peserta sepanjang program berlangsung ini sekali gus memberi keyakinan bahawa dunia audio akan terus berkembang dengan pesat dan kembali ke puncaknya, satu hari nanti.