Di tengah-tengah pembangunan industri penyerap bunyi atau soundproofing yang sedang berkembang pesat, telah berlangsungnya STP Standartplast Masterclass 2024 Malaysia Aerocell Technology. Bertempat di Komune Living & Wellness yang terletak di Bandar Tun Razak, program ini merupakan usaha STP Standartplast yang dianjurkan oleh Chinhan Tech Sdn Bhd.

Program eksklusif ini menekankan tentang kemajuan teknologi terkini soundproofing dan pelancaran produk terbaharu Aerocell Technology dari STP Standartplast. Aerocell Technology merupakan revolusi terkini dalam teknologi material, menggabungkan polymer dan EPP granule dalam lapisan yang sama. Material ini menawarkan perlindungan dari getaran dan bunyi bising, insulasi haba, kualiti akustik cemerlang serta meningkatkan keselamatan dan pemanduan jadi lebih selesa.

Dimeriahkan dengan kehadiran para penggiat aksesori kereta yang datang dari Jepun, Filipina, Taiwan, Singapura, Malaysia dan Rusia. Antara nama-nama yang menghadiri program ini termasuklah Masamitsu Omae dari Jepun, Marke Louie Ngo, Jerry Chua, Dean Derick Sy, Vincent Christian Cheng, Jose Miguelito Pascual, Ravi Vaswani dan ramai lagi. Program ini turut dihadiri pakar dari Rusia, Elisei dan juga pengurus eksport STP Standartplast, Anastasiia Khaustova.

Para peserta juga berpeluang melihat proses pemasangan dan merasai sendiri perbezaan dibawakan produk Aerocell Technology ini dalam satu segmen demonstrasi oleh Elisei. Diikuti demonstrasi keupayaan produk seperti ujian bunyi dan haba. Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan teori-teori fungsi produk dan soal jawab bersama pakar dari Rusia itu.

Kehadiran dan penyertaan semua pihak sangat dihargai, seterusnya dizahirkan menerusi majlis penyampaian sijil sebelum program melabuhkan tirai. Semoga usaha yang dijalankan bakal mengiringi kejayaan di masa hadapan. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat khususnya STP Standartplast dan Chinhan Tech Sdn Bhd selaku penganjur.

































































































































































