Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

PERFECT for Cash!

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-06-19
in SHOW OFF, UTAMA
0

Dollar, pound sterling, ringgit, rupee, dirham, yen, baht atau dalam perkataan yang mudah difahami umat manusia seantero dunia, duit! Semua manusia yang punyai keinginan adalah teman setia kepada duit. Ada yang sukar mengeluarkan duit dengan alasan, bukan senang nak dapat duit. Belanjakan duit seringgit pun berkira-kira. Ada juga yang menilai setiap produk atau perkhidmatan sama ada ianya berbaloi dengan duit yang dikeluarkan. Sehinggalah mencetuskan pemburuan sesuatu yang layak digelar Perfect for Cash!

Sebut perkataan cash, teringat pula kepada seseorang yang benar-benar serius tentang audio kereta, Cash Lim. Beliau bukanlah satu nama yang asing dalam dunia audio kereta di Malaysia. Boleh dikatakan dalam masa yang singkat, beliau bersama pasukannya Duyong Flaming Auto Team berjaya mengungguli kawasan sekitar Melaka. Terimbas kembali detik pertama kali bertemu beliau, “Cash saja, hutang tak terima,” selorohnya apabila ditanya rahsia di sebalik namanya.

Peluang bertemu kali kedua mencatatkan satu lagi pengalaman yang semestinya sukar dilupakan. Sebagaimana pertemuan kali pertama bersemadi dalam ingatan, begitu jugalah kuatnya ingatan terhadap kereta Kancil yang setia berada di samping Cash Lim. Dahulu dindingnya dilayang warna silver dan bahagian belakang kereta pula disumbatkan dengan beberapa jentera I.C.E yang dikenakan interior asas.

Kancil ini tampil amat berbeza. Dinding silver digantikan warna hitam berkilat yang tampak kemas, elegan dan lebih eksklusif. Bahagian belakang menjalani transformasi drastik, dari interior asas berubah kepada stail V.I.P. Kagum melihat transformasi yang dilakukan terhadap Kancil ini. Lebih menarik, Kancil ini dihiasi lampu-lampu warna indah di sekelilingnya. Baik di bahagian luar, mahupun di bahagian dalam. Pendek kata, tiada langsung peluang untuk bergelap!

Pasti sesiapa sahaja yang melihat Kancil ini mengakui, ia mengalami satu transformasi yang sempurna dan tepat. Sempurna dan tepat bermaksud dari segi nilai duit yang dibelanjakan, memang berbaloi. Menerima sentuhan pakar yang tidak pernah jemu menimba ilmu dan mencari pengalaman seperti saudara Cash Lim, tentu sistem audio Kancil ini tidak kalah dengan penampilannya. Tampil anggun pada gaya, hebat pada I.C.E, berbaloi dengan harga! Tidak begitu?

Beralih pula kepada sistem I.C.E Kancil ini yang sentiasa menggugat ketenteraman peserta lain apabila tiba di medan tempur audioshow. Bermula dengan pemain utama, Cash Lim memastikan sistem I.C.E Kancil ini dapat menghasilkan bunyi yang lebih bergaya. Justeru itu, beliau meletakkan kepercayaan penuh terhadap jenama Pioneer DEH-P7350 dengan ciri-ciri biasa terdapat pada pemain utama, memainkan pelbagai format media seperti CD/CD-r/AM/FM.

Pemain utama yang bagus amat penting bagi memastikan bunyi yang dihasilkan di peringkat akhir. Isyarat yang dipancarkan menerusi pemain utama ini akan disampaikan kepada speaker bagi mengeluarkan bunyi. Namun sebelum itu, beberapa lagi stesen yang perlu dilalui isyarat tadi untuk diperlicinkan dan dimantapkan kualitinya. Kebiasaannya, sebuah pre-amp akan digunakan. Tetapi, tidak semua pecinta I.C.E yang menggunakan set pre-amp ini. Apa-apa pun, terserah kepada penilaian dan kehendak masing-masing.

Cash Lim telah menggunakan dua pre-amp dari jenama Q Mobile. Bagi laluan isyarat pertama, ia akan melalui stesen pre-amp dan juga stesen elektronik crossover. Manakala laluan isyarat kedua pula akan meneruskan perjalanan sehingga stesen berikutnya. Isyarat laluan pertama akan dihantar ke elektronik crossover untuk dinilai sebelum dipotong jumlah frekuensi yang tidak diperlukan. Setelah selesai melalui proses ini, barulah baki jumlah yang tertinggal akan dihantar kepada stesen amplifier.

Laluan isyarat pertama dihantar pula kepada 1 unit amplifier 4 channel Adams Digital AD150.4 untuk diperbesarkan sebelum ditugaskan memacu speaker-speaker. Barisan speaker ini terdiri daripada 4 unit mid bass 6” Adams Digital AD666P, speaker 4” Adams Digital AD440 dan 2 unit dome tweeter Adams Digital. Manakala laluan isyarat kedua yang dipancarkan terus dari pre-amp tadi, dibahagikan pula kepada dua unit amplifier monoblock Adams Digital ADS2400.1 dan setiap satunya memacu dua unit woofer 12” Adams Digital EX-3000. Bagi memeriahkan suasana di stsesen ini, lampu laser pentas telah dipasang berhampiran bahagian penutup bonet. Menarik sungguh!

Setelah membelek kesemua isi jentera yang menghuni bonetnya, pasti anda akan setuju bahawa ia berjalan seiring dengan interior yang dipakaikan ke atas Kancil ini. Apabila bunyi bersatu, maka bergemalah sekeliling alam mendengar hentaman bass dari mulut-mulut speaker ini.

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi edisi 11

Previous Post

Boom Boom Pow!

Next Post

2 Varian Ditawarkan Dan Enjin Dynamic Force, Harga Bermula Dari RM196K

Next Post

2 Varian Ditawarkan Dan Enjin Dynamic Force, Harga Bermula Dari RM196K

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved