Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Boom Boom Pow!

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-06-19
in SHOW OFF, UTAMA
0

Garang mengaum, bisa berbisa. Setiap kali memandang Satria, itulah yang pasti terpacul dari mulut penulis. Tambahan pula, tubuh Satria ini solid disalutkan warna biru laut. Secocok sekali dengan jiwa romantik. Gabungan garang dan romantik, menjadikan ia tampak seksi. Bukankah itu yang dimahukan oleh setiap jiwa yang sedang penasaran? Garang dan seksi!

Bunyi bass yang berdentum-dentuman dari Satria ini cukup garang. Bak harimau mengaum hendak menjamu mangsa, cocok dengan citarasa pemiliknya yang mahukan bunyi mantap seperti lagu, boom boom pow!

Kalau di atas jalanraya, anda bisa menjadikan Satria ini sebagai teman hujung minggu. Cukuplah sekadar melihat dari ekor mata, aksesori audio yang disumbatkan ke dalam bonet kereta ini boleh terbeliak dibuatnya. Ditambah pula dengan monitor LCD 42”. Bukan setakat hiburan untuk hawa telinga, malah ada servis cuci-cuci mata. Kalau arwah atuk masih hidup tentu dia akan cakap, “jelas betul, isi lubang hidung pun boleh nampak.”

Mungkin idea pemilik kereta ini, Fahami meletakkan monitor LCD sebesar itu di bahagian belakang dianggap membuang duit. Tambahan pula dengan paduan bunyi woofer yang berlaga dengan LCD ini, mahu tak rosak LCD dibuatnya? Lagipun, siapa pula yang boleh menontonnya? Atau LCD itu diletakkan semata-mata untuk menonjolkan kelainan kereta ini dan memikat juri? Fahami sahaja yang tahu jawapannya.

Fahami telah membelanjakan hampir RM45,000.00 untuk binaan modifikasi Satria ini. Satu jumlah yang amat besar nilainya. Jumlah itu tidak membawa apa-apa makna jika dibandingkan dengan mutu suara yang terhasil menerusi sistem audio Satria ini. Janji bermutu tinggi. Tidak hairanlah demi mencapai bunyi idamannya, Fahami telah memilih pemain utama JVC dan pemain Dvd jenama BGM.

Pemasangan dua pemain utama ini dialirkan menerusi amplifier yang kemudiannya diperhalusi mengikut keperluan tenaga sebelum sampai ke speaker yang ditetapkan. Pemain utama dari jenama JVC ini merupakan dari model KD-SV3305 yang mana mampu memainkan pelbagai jenis fail media kecuali bluetooth. Dengan kelebihan 24-bit Audio DAC, pemain ini mampu menghasilkan suara yang baik dan natural.

Memandangkan tidak mahu membantutkan kecemerlangan yang dibawa oleh pemain utama, Fahami atas dasar keprihatinan terhadap keberterusan kualiti tersebut telah menggunakan pre-amp dari Acoustic, PF-009. Pre-amp ini memberi kelebihan kepada Fahami membesarkan volum, dan juga memilih untuk mendepankan bunyi bass. Setelah itu, bagi memotong frekuensi tinggi dan tepat, sebuah crossover Adams Digital AD-3980 telah digunakan.

Selesai sahaja proses pembesaran isyarat dan pemotongan frekuensi yang tidak diperlukan, barulah isyarat tersebut dialirkan menerusi amplifier sebelum bunyi diterjemahkan oleh barisan speaker. Demi memikul tanggungjawab ini, empat buah amplifier telah digunakan. Dua unit amplifier 4 channel Mohawk MS300.4 dan dua unit amplifier monoblock Mohawk MS500.1.

Dua unit amplifier 4 channel yang turut dibekalkan kuasa tambahan oleh kapasitor Mohawk MACP 3.0. Sebuah unit digunakan untuk memacu 4 unit horn tweeter Mohawk, manakala sebuah unit lagi digunakan untuk memacu 4 unit mid bass 6” Mohawk. Sepertimana sebelumnya, 2 unit amplifier monoblock ini turut dibekalkan kuasa tambahan oleh seunit lagi kapasitor iaitu dari jenama AVA 2.0Farad. Jadi, tiada masalah untuk kedua-dua unit amplifier monoblock ini memacu 2 unit woofer 12” Stellar dan 2 unit woofer 12” Mohawk.

Apabila menyentuh tentang perumah yang dibina khas untuk kesemua jentera, memang sesuai dengan struktur bonet Satria ini. Terdapat baki ruang yang tertinggal. Sukar juga untuk menepis satu soalan yang kerap muncul setiap kali melihat mahligai para peminat audio kereta ini. Kemas dan teratur. Benarkah Fahami terlalu pembersih dan cerewet atau ada tangan si manis yang tolong memastikan Satria ini tampak kemas dan elegan, sentiasa!

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi edisi 11

Previous Post

Tidak Semua Perkara Yang Tular Itu Boleh Digunapakai!

Next Post

PERFECT for Cash!

Next Post

PERFECT for Cash!

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved