Mengimbas kembali penganjuran Perak Retro Fest 2016 yang dianjurkan buat pertama kalinya oleh pihak pengurusan Bukit Merah Lake Town Resort (BMLR) dengan kerjasama GM Event Management. Acara ini berjaya menghimpunkan para pencinta kereta dan motor lama dari seluruh Malaysia. Manakala sambutan dari para pengunjung pula amat menggalakkan.

Seawal pagi lagi tapak acara Perak Retro Fest ini telah mula dibanjiri oleh para peserta dengan jentera masing-masing. Malah, kawasan parkir yang telah dikhaskan untuk para peserta terpaksa dibuka untuk memberi ruang kepada kenderaan para pengunjung yang datang ke Bukit Merak Lake Town Resort.

Dipadatkan dengan pelbagai aktiviti, Perak Retro Fest ini diakhiri dengan Majlis Penyampaian Hadiah kepada para pemenang pada sebelah petangnya. Tahniah diucapkan kepada para penganjur serta pihak penaja untuk penganjuran sulung acara ini yang pastinya dinanti-nantikan di masa hadapan.

Antara para penaja yang turut menaja acara penuh gemilang ini adalah Zero Carbon Malaysia, Labu Motorsport, Nazscon Auto Acc, Mutiara Motor 218, Guan How Superbike, Toms Sticker, RZTWIN ENT, Warlord dan media rasmi Harian Metro, Kaki Kereta, Roadstar dan Kar HiFi.



























