Salah satu program yang sering mendapat sambutan setiap kali diadakan, Festival Stylista anjuran Mindscape. Program ini diisi dengan pelbagai aktiviti termasuk pertandingan autoshow dan audioshow dengan kerjasama GM Event. Bertempat di SP Arena Seberang Jaya, pertandingan Stylista Autoshow ini telah diadakan pada hari Ahad dan menerima sambutan yang cukup memberangsangkan dari para pencinta dunia permotoran.

Kawasan utara dimeriahkan dengan deruman jentera autoshow dan audioshow. Sebanyak 15 kategori telah dipertandingkan dengan menyaksikan penyertaan kereta-kereta yang dimodifikasi dengan kreatif. Cuaca mendung diikuti hujan di sebelah petang tidak menghalang pengunjung membanjiri SP Arena bagi melihat pertandingan selain menjamu mata dengan jualan-jualan barangan wanita yang ada di sini.

Kemeriahan ini mustahil tanpa ada pihak penaja yang sedia menaja menganjurkan pertandingan Stylista Autoshow ini. Jutaan tahniah dan terima kasih diucapkan khususnya kepada penganjur Mindscape dan GM Event Management serta para penaja seperti Tom’s Sticker, Enermax dan Nazscon Auto Acc.




























