Sebagaimana diketahui para peminat audio khususnya yang bermain sistem audio untuk kereta, pemain utama adalah komponen paling penting. Namun begitu, pemain utama masa kini bukan lagi bergantung kepada reputasi sesuatu jenama semata-mata tetapi apa yang boleh ditawarkan untuk memenuhi kepuasan mendengar dan dalam masa yang sama berhibur sepanjang perjalanan.
Pemain utama berkembang sejajar dengan perkembangan teknologi serta permintaan pasaran. Jika melihat garis masa sekitar 3 dekad lepas, para pencinta audio selesa dengan hanya pemain utama yang mampu mencari siaran stesen radio dan juga boleh memainkan audio kaset. Ini diikuti keghairahan di era cakera padat dan seterusnya menyaksikan pemain utama berevolusi dengan cukup pantas.
Kini, pemain utama lebih bersifat universal yang bukan sahaja berfungsi untuk membaca format audio tetapi juga berkemampuan memberikan pelbagai kemudahan lain kepada pengguna. Selain memainkan pelbagai format audio dan visual, sebuah pemain utama yang baik mampunyai sambungan WiFi, menghubungkan pengguna dengan laman sosial, membuat carian di internet, berhibur serta memandu arah menerusi aplikasi Waze.
Salah satu jenama yang mempunyai semua kelengkapan ini adalah VF Audio menerusi pemain multimedia android keluarannya yang disuntik dengan beberapa kelebihan yang dicari-cari oleh pengguna khususnya pencinta audio. Selain menawarkan skrin yang luas, pemain multimedia VF Audio ini juga didatangkan dengan kualiti skrin IPS berdefinisi tinggi.
Berikut adalah pemain multimedia android keluaran VF Audio yang sudah pun berada di pasaran.

Siri VF-TS9 (4G) 9”/10”
Spesifikasi
– CPU Intel IA Cores 1.87G Hz
– DSP bina-dalam 31 band
– Menyokong sim 4G
– RAM : DD4-4G
– ROM : eMMC 64GB
– Skrin sesentuh 2.5D TFT IPS
– Kuasa output : 55w x 4
– Menyokong semua fail media
– Bluetooth / WiFi
– Navigasi GPS
– Android 8.1
– Mod skrin belahan (Slit screen mode)

Siri VF-MTK 9”/10”
Spesifikasi
– CPU : A7 Quad-Core
– RAM : 1G
– ROM : 16GB
– Skrin sesentuh : 2.5D HD/ skrin IPS
– Pelarasan equalizer
– Kuasa Output : 45w x 4
– Menyokong semua fail media
– Bluetooth / WiFi
– Navigasi GPS
– Android 8.1

Siri VF-FLY 9”/10”
Spesifikasi
– CPU : A7 Quad-Core
– RAM : 1G/2G
– ROM : 16GB / 32GB
– DSP bina-dalam 30 band
– Skrin sesentuh 2.5D IPS
– Kuasa Ouput : 50w x 4
– Menyokong semua fail media
– Bluetooth / WiFi
– Navigasi GPS
– Android 9
– Mod skrin belahan (Slit Screen Mode)
Untuk maklumat lanjut, hubungi;
MZ Marketing Sdn Bhd / VF Auto Marketing
No. 75, 77,
Jalan Batu Unjur 8,
Taman Bayu Perdana,
41200 Klang,
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03 – 3325 5900 / 017 – 300 9979
012 – 691 4336 (Sam Chan)
016 – 338 8699 (Lim)
016 – 212 5336 (William Chow)
012 – 203 9984 (LCB Sarawak)
016 – 830 9929 (Liow Sabah)
Emel : [email protected]
Facebook : www.facebook.com/vf.auto888











