Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Old Is Gold

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-10-12
in SHOW OFF, UTAMA
0

Pernah di satu ketika dahulu, saya didatangi mantan pensyarah yang sudah pun bersara. Yang menarik tentang beliau bukanlah ingatannya terhadap bekas-bekas pelajar mahupun kisah-kisah nakal kami. Sebaliknya, kenderaan yang dipandunya. Sebuah kereta Mercedez Benz model lama. Tiada apa yang istimewa. Apabila ditanya di manakah kereta yang pernah dipandunya ketika mengajar dahulu, katanya ada disimpan elok di rumah dan kereta Mercedez tersebut baru sahaja dibelinya. Baru dibeli?

Sebagai pesara yang dahulunya seorang pensyarah dan penceramah, bukan mustahil untuk beliau memiliki sebuah Mercedez model baru. Namun, beliau mempunyai alasan sendiri dan ia membuatkan saya berfikir. Model tersebut sangat diingini dan waktu pertama kali diperkenalkan, beliau pernah berhajat untuk memilikinya. Akhirnya, beliau berjaya juga melaksanakan impian yang lama terpendam. Melihatkan BMW ini, membuatkan saya teringat mantan pensyarah dan kisahnya.

Bak kata orang, kalau dah suka tiada siapa dapat menghalang. Hal yang serupa juga terjadi kepada pemilik BMW yang menghiasi ruangan show off kali ini. Cukup ketara kelihatan usia kereta, ia bukanlah segagah dahulu tetapi, ia masih berfungsi dengan elok dan cemerlang. Jadi, tidak hairanlah apabila pemilik BMW ini memilih untuk melakukan kerja-kerja restorasi dan paling utama, menggantikan sistem audio lama dengan aksesori-aksesori audio yang telah dikemaskini. Sesuai dengan teknologi audio zaman sekarang.

Oleh kerana mahu mengekalkan nilai-nilai estetik pada BMW ini, sistem talaan SQ telah dipilih dan ia bermaksud, modifikasi yang dilakukan pula hanyalah minima. Hmm, perkara itu memang sudah jelas bukan kerana ia boleh dilihat dari sudut eksteriornya. Sistem ini juga secocok dengan kereta BMW ini, lagipun bukankah yang lama itu klasik?

Selain pembinaan sistem audio, tidak banyak yang diubah dan lebih banyak yang dikekalkan. Ditala Elegance Audio Sdn Bhd yang terletak di Kelana Jaya, BMW ini bukanlah kereta pertama talaan mereka yang menembusi majalah Kar HiFi. Pasti ada kelebihan yang membuatkan kereta-kereta talaan Elegance Audio ini berjaya mencuri perhatian. Baiklah, untuk melihat keistimewaan itu, kita teruskan dengan penelitian ke atas sistem audio yang dibina ke atas kereta BMW ini, bermula dari pemain utamanya.

Memilih pemain terkemuka Pioneer DEH-80PRS dari Pioneer yang sangat terkenal di kalangan para pecinta talaan SQ dan dikenali sebagai komponen internal gred audiophile. Ia sudah cukup untuk menghasilkan segala bunyi dan memastikan setiap perincian instrumen kedengaran. Bagi membina sistem audio, Elegance Audio telah memilih hanya tiga jenama yang merupakan jenama hi-end; Powerbass, German Maestro dan Crossfire.

Tiga jenama yang tidak perlu diperkenalkan. Berbanding Powerbass dan GermanMaestro, Crossfire buatan Amerika Syarikat ini jarang dipaparkan dalam majalah ini mula diperkenalkan di persada dunia antarabangsa sekitar tahun 1990-an. Melihatkan tiga jenama ini, anda dapat mengagak betapa serius pemasangan talaan SQ pada kereta klasik ini. Yang penting, jumlah yang masuk ke deria pendengaran adalah tepat. Tidak kurang dan juga lebih. Hal ini terletak seratus peratus atas pemasangan installer.

Seterusnya, installer telah memecahkan isyarat yang dipancarkan oleh pemain utama tadi kepada 3 laluan yang didahulukan oleh seunit amplifier untuk setiap laluan. Unit amplifier pertama merupakan amplifier 4 channel Crossfire yang berfungsi memacu speaker yang dipasang untuk sistem audio bahagian dalam kereta atau lebih tepat lagi di kabin. Dua unit tweeter GermanMaestro dari set komponen SV6509 dan mid range Hertz HL70 digunakan untuk kelengkapan audio di bahagian ini. Setiap satu unit dari tweeter dan mid range tadi telah dipasangkan di tiang A di kedua-dua belah kereta. Ini diikuti pula dengan laluan kedua yang dikuasakan oleh seunit amplifier 2 channel Crossfire, sekaligus memacu dua mid bass GermanMaestro juga dari set komponen yang sama dan diletakkan di panel pintu di kedua-dua belah bahagian.

Pemasangan seumpama ini cukup sinonim dengan sistem talaan SQ 3-Way dalam memastikan penghasilan staging yang tepat. Agar keharmonian bunyi yang dihasilkan dihantar ke rongga telinga dengan sempurna. Melengkapi sistem audio ini adalah seunit woofer 12” dari Crossfire yang dipacu oleh seunit amplifier monoblock Powerbass. Kedudukannya pula adalah di bahagian bonet tetapi dipasangkan di dinding, secara tidak langsung menjimatkan pemakaian ruang. Beralih ke bahagian ini, kesemua amplifier yang digunakan awal tadi turut dipasangkan di sini dengan teknik yang sama. Bagi memberikan sentuhan terakhir, installer telah menutup bahagian ini dengan kaca akrilik bersama jalur-jalur lampu LED. Bijak, bukan?

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi 65

Previous Post

The Flowing Sound!

Next Post

I Am Inevitable

Next Post

I Am Inevitable

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved