Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

OG Cable

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-02-06
in BULETIN, UTAMA
0

Peminat audio yang suka bermain dan membina sistem audio pada kereta sama ada untuk kepuasan mahupun bermain di lapangan lebih serius seperti menyertai pertandingan, pastinya arif tentang perihal berkaitan industri yang pernah menjadi fenomena serta kegilaan hampir di seluruh Malaysia satu ketika dahulu. Walaupun kegilaan untuk bermain audio tidak sama seperti zaman kemuncaknya, masih ada peminat audio yang terus bermain audio dan sanggup berbelanja puluhan ribu ringgit untuk mendapatkan bunyi audio yang diidamkan.

Bagi mendapatkan hasil audio yang berkualiti, para peminat audio bukan sahaja membuat kajian serta merujuk kepada beberapa pemasang sebelum mendapatkan semua keperluan yang wajib dan perlu ada. Selain perkakas audio seperti speaker, amplifier, pemproses dan juga pemain utama, perkara yang harus diberikan perhatian adalah kabel RCA.

Kabel RCA merupakan tunjang utama seakan saraf-saraf yang diperlukan bagi mengalirkan isyarat analog yang diperlukan dalam kuantiti serta hasil terbaik. Penggunaan kabel RCA yang semberono boleh mencacatkan pengaliran isyarat analog seterusnya menghasilkan audio yang tidak bermutu.

Justeru itu, pemilihan kabel RCA yang sesuai serta berkualiti amat penting bagi mendapatkan hasil keseluruhan audio yang cemerlang. Lazimnya, kabel RCA memiliki saiz ukuran yang lebar untuk memisahkan kabel antara satu dengan yang lain berpandukan isyaratnya. Persoalannya, bagaimana untuk memilih kabel RCA yang bermutu dan baik bagi mendapatkan hasil audio berkualiti?

Perkara pertama yang perlu diambil kira adalah bahan pelindung yang digunakan. Pelindung yang kuat dan tebal adalah baik bagi mencegah sekiranya berlaku gangguan frekuensi, seterusnya mengganggu kualiti audio. Antara bahan yang terbaik yang digunakan sebagai pengalir isyarat dihasilkan dari bahan pengalir yang baik seperti perak dan tembaga.

Salah satu jenama yang memenuhi kriteria penghasilan pengalir terbaik ini adalah jenama OG yang diedarkan di pasaran Malaysia oleh Top Racing Audio Enterprise. Menawarkan pelbagai jenama kabel RCA seperti NX Series dan S Series, kualiti penghasilannya dapat dilihat sendiri menerusi ketebalan penebat yang melindungi pengalir tembaga dan perak yang digunakannya. Kesemua kabel RCA ini didatangkan dalam pelbagai saiz dari 0.5M hingga 5M. Selain kabel RCA, pelbagai produk lain dengan siri yang bermacam-macam pilihan turut dikeluarkan jenama OG ini termasuk kabel kuasa, blok fius dan peranti kuasa.

Untuk maklumat lanjut, hubungi;
Top Racing Audio Enterprise
No.6-1, Jalan Sp 2/2,
Taman Serdang Perdana,
Seri Kembangan.
No Tel : 019 – 392 5999
Facebook : https://www.facebook.com/TopRacingAutoWorkSB/

Previous Post

Archive : Cute Angry Bird

Next Post

Smarto

Next Post

Smarto

CAPAIAN

  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved