Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

NT Power. The Kancil Return

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-08-20
in SHOW OFF, UTAMA
0

Percaya atau tidak? Kancil yang sedang anda lihat sekarang ini pernah menjadi penghias kulit (cover) majalah Kar HiFi. Ingat? Kalau masih ingat, ingatan anda memang hebat kerana ketika dijadikan sebagai cover, Kancil ini tampil lebih meriah dan bergaya. Jauh berbeza dengan penampilannya pada hari ini yang ringkas dan juga kemas dari sudut luarannya. Rona putih yang diselangkan warna hitam di atas but bahagian hadapan pula membuatkan Kancil ini ada kelas yang tersendiri.

Jujurnya, tiada siapa dapat menyangka ia merupakan sebuah kereta kompak yang dibina dengan sistem audio lengkap dengan talaan SPL. Sebuah kereta dengan sistem audio talaan SPL yang tipikal, pasti dihiaskan dengan pelbagai tema dan tidak kurang juga yang menjalani modifikasi secara keseluruhannya. Kancil sekecil ini dahulunya mampu memikul sebanyak 8 unit woofer dan 12 unit mid bass yang ditempatkan dalam perumah khas. Jika anda masih ingat, sepasang tongkat digunakan untuk membuka bonet belakang yang dipasang dengan perumah khas yang menempatkan 12 unit mid bass tadi. Itu dulu.

Sekarang, Kancil yang masih lagi mengekalkan kelengkapan audio dari jenama NT-Power ini tetap unggul dengan sistem audio yang mampu membuat orang ramai terpesona. Ya, itu yang terjadi ketika kru Kar HiFi membuat liputan tentang sebuah acara yang berlangsung di Sarawak. Paduan bunyi yang dihasilkan sistem audio talaan SPL dari Kancil ini tidak dapat dilawan dan memaksa kami mendekati serta menghayati setiap butir muzik yang dimainkan.

Selain perubahan drastik di bahagian luar, tiada banyak beza yang berlaku di bahagian dalam Kancil ini. Seperti yang dinyatakan awal tadi, sistem audionya masih lagi mengekalkan kelengkapan dari jenama NT Power. Cuma bilangannya sahaja yang dikurangkan. Perumah yang dibina dan diletakkan di ruang tempat meletak barang masih lagi sama. Satu-satunya perubahan yang dapat dilihat adalah pengurangan mid bass. Sebelum ini, sebanyak 12 unit dipasangkan di perumah khas yang dilekapkan di bahagian boot lid.

Baiklah, mungkin ramai yang sudah lupa tentang kereta Kancil ini. Jadi, apa kata kita ulang semula membaca sistem audio yang dipasangkan pada kereta kompak ini dengan perubahan minimal yang dilakukan oleh installer, Star Auto Accessories Centre. Bermula dari pemain utama, installer memilih untuk menggunakan pemain dari Pioneer DEH-X1850UB untuk menggantikan pemain Alpine CDA-9887. Pemain ini turut didatangkan dengan beberapa kelebihan termasuk kawalan terus dari USB untuk telefon Android terpilih.Seterusnya, isyarat yang dihasilkan dan dibaca pemain utama tadi dihantar dan dipecahkan pula kepada 3 laluan baru yang setiap satunya diproses pula seunit pre-amp 7 band dari NT Power NT-777. Ketiga-tiga laluan ini pula dibahagikan khusus untuk tweeter, mid bass dan woofer. Ya, masih mengekalkan konsep yang sama. Kemas dan teratur. Sama ada untuk sistem yang dipasangkan di bahagian belakang, mahupun di bahagian kabin kereta yang hampir dengan pemandu.

Laluan pertama melibatkan 4 unit tweeter NT Power dan ia merupakan salah satu kelengkapan audio asal yang diganti tetapi installer memilih untuk mengekalkan jenama NT Power. Menariknya, posisi tweeter ini juga tidak berubah dan masih di tempat yang sama. Memang tidak banyak yang dilakukan hanya sekadar menggantikan tweeter dan selebihnya mengekalkan keadaan yang sedia ada. Keempat-empat tweeter ini dipacukan oleh seunit amplifier 2 channel NT Power NT-752 serta dipasangkan di sisi kiri dan kanan bahagian belakang kereta.

Ini diikuti pula dengan laluan kedua yang terdiri dari 8 unit mid bass 6” NT Power NT6.0B dan dipasangkan dalam perumah khas yang dilekapkan pada boot lid. Hanya 6 unit dipasangkan di sini dan baki 2 unit telah dipasangkan di bahagian kabin untuk sistem audio dalam kereta. Tidak seperti dahulu, keenam-enam mid bass yang dipacukan oleh seunit amplifier 2 channel NT Power NT-752 disusun ringkas dan teratur. Kalau anda masih ingat, di bahagian ini dahulunya dibina sebuah perumah bersisik untuk memuatkan sejumlah 12 unit mid bass. Ya, memang banyak. Gigih benar installer membina perumah seunik itu.

Bagi penutup sistem audio Kancil ini, installer masih mengekalkan bilangan woofer iaitu sebanyak 8 unit woofer NT Power NT-12DD. Sebanyak 4 unit amplifier monoblock NT-Power telah digunakan di mana setiap unit bertindak memacu dua unit woofer. Tiada perubahan pada susunannya dan masih mengekalkan kedudukan yang sama. Biarpun menggunakan lebih sedikit bilangan mid bass tetapi bunyi yang dihasilkan masih mantap dan tiada kekurangan. Lagipun, penampilan Kancil yang dilengkapi sistem audio berjenama NT Power ini tampak lebih kemas dan elegan.

 

Previous Post

Autoshow @ Kedah International Bike Week 2019

Next Post

Steady Gathering Car Club Show

Next Post

Steady Gathering Car Club Show

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved