
Aman Jaya Mall yang terletak di Sungai Petani telah menjadi lokasi berlangsungnya Northern Speedo Carnival 2019 lagi program berjaya menghimpunkan para peminat dunia permotoran khususnya yang datang dari kawasan sekitar. Dianjurkan oleh Northern Speedo, program yang diadakan pada 30 November ini dimulakan seawal pukul 10.00 pagi dan berlarutan sehingga pukul 8.00 malam.

Dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kewangan, YB. Dato’ Wira IR. Haji Amiruddin Hamzah program yang disertai sebanyak 400 buah kenderaan peserta meliputi semua kenderaan temasuk moto stree cub. Pelbagai aktiviti disediakan pihak penganjur seperti Supercar Show, Autoshow, Meet & Greet, Split Fire, Drift Trike dan Street Cub. Tidak ketinggalan, acara yang dinanti-nantikan iaitu cabutan bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah menarik dan lumayan.

Para pengunjung bukan sahaja berpeluang menyaksikan pelbagai ragam kereta dan motor, malah menggunakan kesempatan ini mendapatkan aksesori permotoran menerusi gerai-gerai jualan yang disediakan pihak penganjur. Selain itu, para peserta dan pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan artis jemputan.


























