Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Need For Speed

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-05-18
in SHOW OFF, UTAMA
0

Bermula sebagai permainan video di awal 90-an, dikemaskini pula sebagai aplikasi permainan telefon pintar dan kini diangkat ke layar perak, Need For Speed seakan fenomena yang melanda dunia sejak awal kemunculannya. Permainan berasaskan perlumbaan kereta jalanan ini merupakan siri permainan video paling berjaya dan francaisnya antara yang paling cemerlang di dunia.

Justeru itu, tidak hairanlah apabila melihat kereta-kereta yang dimodifikasi dengan menjadikan Need for Speed sebagai tema. Ini termasuklah satu lagi kereta yang datang dari jauh, bumi di bawah bayu, Sabah. Menjadikan Need for Speed sebagai tema, saya kira anda semua sudah dapat melihat betapa seriusnya pemilik kereta ini. Ya, modifikasi penuh sama ada dari sudut penampilan, prestasi dan juga sistem audionya.

Menerima sentuhan Advans Motor Accessories, sistem audio yang terdapat dalam kereta Need for Speed ini dikuasakan sebanyak 7 unit amplifier. Ya, satu jumlah yang agak banyak untuk sistem audio di dalam kereta jenis sedan. Setiap satunya pula memacu beberapa lagi barisan speaker. Dapatkah anda bayangkan, bunyi yang berpadu dan terhasil dari kereta ini?

Toyota Corolla ini diolah dan digubah semula, menjalani modifikasi penuh untuk menjadi imitasi kepada kereta Nissan GTR Honda Skyline. Memilih Advans Motor Accessories, Corolla ini dibina untuk sistem talaan Sound Pressure Level (SPL) yang terdiri dari pelbagai unit speaker. Ini termasuklah 14 unit speaker komponen, 14 unit dome tweeter dan 2 unit horn tweeter. Menambahkan lagi keangkuhan kereta ini adalah 4 unit tweeter yang sekaligus melengkapkannya sebagai sebuah kereta audio SPL.

Baiklah, untuk berlaku adil, kami memberikan penerangan satu persatu tentang kereta ini. Selain tampil dengan tema Need for Speed, pemilik Corolla ini sangat teliti tentang pemilihan dan hasil bunyi yang dihasilkan. Tidak hairanlah, Corolla ini mempunyai antara satu sistem yang menarik dan diadun dengan kualiti bunyi yang bagus. Semuanya bermula dengan pemilihan pemain utama dari Pioneer dilengkapi kebolehan membaca data dengan sempurna. Pemain ini dibantu oleh tiga unit untuk melancarkan lagi hasil bunyi. Ketiga-tiga unit pre-amp ini membentuk pula tiga laluan berbeza.

Dimulakan dengan laluan pertama yang diketuai pre-amp Trans TRP-4MP3 yang ditugaskan untuk mengalirkan isyarat yang diproses ke 2 unit amplifier monoblock Prokick LS dan seunit amplifier monoblock Prokick PK4000DL. Setiap satu dari dua unit amplifier monoblock tadi memacu seunit woofer 12” Orion CS-124 dan seunit lagi monoblock memacukan 2 unit woofer 12” Orion XTR Pro-124.

Beralih pula kepada laluan satu dan dua, masing-masing diketuai seunit pre-amp Caliber CPE-5005 dan pre-amp Shuttle Lab. Terdiri dari dua unit amplifier 4 channel Bazoka BA-B4C124 yang mana unit pertama memacu 2 unit dome tweeter, 2 unit bullet horn tweeter dan 2 unit speaker komponen 6” dari Mix. Manakala seunit amplifier lagi digunakan untuk memacu 4 unit dome tweeter dan 4 unit speaker komponen Mix. Bagi laluan ketiga yang terdiri dari 2 unit amplifier 4 channel Bazoka BA-B4C124, mengulangi perjalanan kedua tadi. Setiap unit amplifier memacu 4 unit dome tweeter dan 4 unit speaker komponen Mix.

Previous Post

Kedah Motorsport Day 2019

Next Post

Konvoi Merdeka Kelab Beetle Malaysia

Next Post

Konvoi Merdeka Kelab Beetle Malaysia

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved