Kar Hifi
Parasol
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Kedah Motorsport Day 2019

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-09-27
in BULETIN, UTAMA
0

Bandaraya Alor Setar telah dimeriahkan deruman enjin daripada jentera para peserta yang menyertai Kedah Motorsport Day 2019 yang diadakan selama 4 hari berturut-turut, bermula dari 29 Ogos sehingga 1 September 2019. Dianggarkan hampir 15,000 orang pengunjung membanjiri lokasi acara permotoran ini yang berlangsung di Taman Jubli Emas, Alor Setar. Acara yang berjaya mencetuskan fenomena di luar jangkaan sepanjang penganjuran Kedah Motorsport Day ini ialah pada hari pertandingan Autoshow dan Audio Show diadakan.

Dikendalikan pasukan Fikri Bin Ahmad Rusli atau dikenali sebagai Kiki Lala yang juga penaung Kiki Lala Motorsport, acara ini mendapat sambutan amat menggalakkan. Irama setiap jentera memacu adrenalin pengunjung yang hadir dan membuatkan mereka menunggu sehingga akhir. Pertandingan yang ditaja khas oleh Prince Lubricants, minyak pelincir terkenal di seluruh dunia ini menerima hampir 700 penyertaan. Bagi memeriahkan lagi acara, turut diadakan pertandingan kategori motorshow dan persembahan drift dari Mael Shawn Lambung, drifter terkenal tanah air bersama pasukannya.

Bagi memeriahkan lagi penganjuran Kedah Motorsport Day 2019, para pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian daripada artis tempatan seperti Wahab Golok, Zack (Massa), Harry (Khalifah) dan Ulat Bulu Man. Selain itu, pertandingan nyanyian turut diadakan dibawah kendalian pasukan Voice Of Kedah diketuai En. Mike Pharrell. Barisan artis yang hadir turut menyanyikan lagu-lagu kemerdekaan yang membangkitkan semangat patriostisme di kalangan pengunjung sempena sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-62.

Bagi makluman, pihak penaja utama iaitu Prince Lubricants turut menyediakan hadiah untuk segmen cabutan bertuah selain beberapa lagi acara yang dipertandingkan. Penganjuran Kedah MotorSport Day 2019 yang berjaya menyatukan para peminat sukan permotoran di seluruh negara ini mendapat sokongan kuat empat exco Negeri iaitu, YB Firdaus Bin Ahmad, YB Datuk Dr Ismail bin Salleh, YB Asmirul dan YB Tan Kuok Yew.

Previous Post

Himpunan Pemilik Kelab dan Komuniti Proton Vs Perodua Day 2019

Next Post

Need For Speed

Next Post

Need For Speed

CAPAIAN

  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved