Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Myvi, Mohawk & Air Sus

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-11-23
in SHOW OFF, UTAMA
0

Sejujurnya saya tidak berapa suka konsep kereta autoshow. Tidak praktikal, menyusahkan dan pening bila lalu sekatan jalanraya. Bagi saya, kereta begini hanya sesuai untuk pameran, bukan untuk dipandu seharian. Dengan kosmetik yang menarik perhatian orang (terutamanya perompak), kereta-kereta autoshow sebenarnya bukanlah kenderaan yang selamat untuk dipandu.

Biasanya kereta disolek dengan menggunakan kit gentian kaca. Walaupun dah berpuluh tahun kita dalam industri ini, kualiti gentian kaca kita belum lagi mencapai standard negara maju. Saya tak tahu kenapa kalau bandingkan dengan Thailand sekalipun. Fibre glass yang bagus, biasanya kekal dalam konturnya tidak mudah pecah tetapi kalau anda boleh lihat pada binaan kereta custom tempatan, cantiknya sesebuah kereta bertahan dalam masa setahun 2 sahaja. Kemudian merekah sana sini dan mulalah nampak tidak kemas.

Tapi bila melihat pada Myvi ini saya berubah pandangan. Apa yang cuba diterapkan dalam pengubahsuaian ekstensif pada sebuah hatchback kecil yang popular telah menukar hobi masa lapang menjadi aktiviti serius oleh pemiliknya. Kereta ini dibuat sangat serius sehingga kemenangan adalah faktor wajib untuknya. Sampai satu tahap, pertandingan yang bagaimana mahu disertainya akan dipilih. Anda tentu tahu banyak orang cuba menganjurkan autoshow tapi tak ramai yang benar-benar bersedia dengan sistem pengadilan yang bermutu.

Baiklah. Melihat pada sistem audio kereta ini, ia adalah sebab mengapa ia terpapar pada halaman majalah ini. Seiring dengan pengubahsuaian kosmetik, pemiliknya tidak mahu ketinggalan menyumbang idea audio dengan membuat kerja custom yang agak meluas. Ia bermula dengan sebuah pemain utama Pioneer jenis mainbalik DVD dengan skrin sesentuh.

Pemain ini disambungkan kepada 2 unit amplifier Mohawk. Masing-masing 4 channel dan 1 channel kelas D monoblok. Dari segi laluan asasnya ia cukup ringkas dan dapat dijangkakan. Monoblok tadi membekalkan kuasa kepada 2 unit Mohawk 12” dalam but belakang sementara amplifier 4 saluran tadi memecahkan laluan kepada 2 unit set komponen Mohawk 6” di bahagian but belakang dan dua unit lagi untuk bahagian kokpit belakang. Itu sahaja.

Ya. Itu sahaja.

Senarai peningkatan audionya tidak banyak tetapi lihat pada fasa kedua penyempurnaan terhadap sistem ini. Kesan visual pada aspek penyampaian medianya menggunakan 23 buah monitor TFT kecil yang disebarkan ke semua tempat. 3 unit di setiap pintu, dua unit pada perehat kepala, 4 di dalam but belakang dan satu pada lantai konsol tengah kerusi hadapan. Tidak dipasang begitu sahaja, setia unit ini dihiaskan dalam perumah khusus menggunakan tema beach hitam di atas petak yang dibuat khas terlebih dahulu.

Kesemua kerusi dan bahagian dedahan kokpit telah dibalut semula mengikut satu skema warna beach hitam yang pada saya sesuai dengan tema badannya. Penggunaan aksesori VIP yang popular boleh dilihat di segenap inci bahagian dalamannya. Kesan pemasangan aksesori kecil ini sangat besar sewaktu dinilai juri dalam pertandingan.

Tidak cukup dengan itu, kosmetik luaran kereta ini turut dikemaskini dengan set buatan custom sepenuhnya. Semuanya dibuat sendiri supaya hasilnya tidak sama dengan mana-mana Myvi yang perlu disainginya di pertandingan autoshow. Sebagai kemasan akhir, penggunaan trim krom dikenakan pada bahagian yang sesuai dan akhirnya pelekat bebas dilekap mengikut skema yang dikehendaki.

Jika anda fikir keistimewaan Myvi ini terletak semata-mata pada sistem audionya, bermakna anda silap. Sebenarnya Myvi ini turut dilengkapi dengan sistem air suspension yang dikuasakan RTW Freestyle. Jangan terkejut jika anda berpeluang berjumpa kereta dengan sistem ini mampu dinaikkan dan direndahkan atau menari mengikut irama. Menarik bukan? Nak cuba?

 

Previous Post

Komi

Next Post

Power Bass, memang best!

Next Post

Power Bass, memang best!

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved