Mohawk mula dibina sejak tahun 1989 oleh Stillwater Designs Company yang beroperasi di Amerika Syarikat dengan menggunakan teknologi terkini dan dibangunkan oleh pasukan R&D yang cemerlang. Dikenali menerusi kualiti audio terbaik khususnya yang melibatkan pertandingan audio kereta dan meletak tanda aras baru yang menjadi ikutan terutamanya dalam industri audio. Gabungan rekaan berkualiti diikuti kejuruteraan serta kecekapan pasukan R&D, Mohawk sentiasa mematenkan produk dan mengeluarkan teknologi baru untuk meningkatkan prestasi setiap produk keluarannya.
Kecemerlangan Mohawk ini mendapat sambutan baik di seluruh dunia khususnya di pasaran Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei dan juga China di bawah NTC yang menjadi satu-satunya pengedar paling berjaya. Pada tahun 1994, Stillwater Designs Company telah mengambil keputusan untuk menumpukan terhadap pengeluaran jenama Kicker dan memutuskan untuk menamatkan pengeluaran jenama Mohawk dalam industri audio kereta. Namun begitu, NTC Sdn Bhd dari Malaysia melihat potensi sebenar jenama ini dan bersedia menyahut cabaran untuk meneruskan sekali gus mengambil dan meneraju jenama Mohawk dalam pasaran audio kereta.
Justeru itu, Stillwater Designs Company (Amerika Syarikat) dan NTC Sdn Bhd dari Malaysia telah mencapai kata sepakat untuk menyerahkan hakmilik ke atas jenama ini dan diserahkan sepenuhnya secara sah kepada NTC Sdn Bhd dari Stillwater Designs Company menerusi surat perjanjian sah yang telah dimeterai. Bermula dari itu, Mohawk diperkenalkan menerusi siri pertama di bawah TC Electronic Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat NTC Sdn Bhd di Malaysia. Seterusnya, logo Mohawk juga telah dikemaskini oleh NTC Sdn Bhd untuk membawa era baru Mohawk.
Visi utama TC Electronic Sdn Bhd, mengutamakan kualiti dan kualiti adalah nombor satu. Oleh yang demikian, kesemua produk Mohawk dibangunkan dengan menggunakan kualiti terbaik dan hampir sempurna yang bermaksud, tanpa sebarang kecacatan!
Untuk maklumat lanjut, hubungi;
New Technics Car Audio Sdn. Bhd.
No Tel : 03 – 5192 0911 / 0922
E-mel : info@ntcaudio.com
Laman sesawang : www.mohawk.com.my
Facebook : www.facebook.com/MohawkCarAudio












