Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Melibatkan 16 Pusat Servis Dan Tiga Hab Di Seluruh Negara

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-06-15
in BULETIN, UTAMA
0

Perodua telah memulakan projek perintis untuk melanjutkan waktu operasi pusat servis dan hab Badan & Cat (B&P) terpilih untuk memenuhi keperluan pelanggannya yang dihargai. Pada peringkat awal ini, projek perintis ini melibatkan 16 pusat servis dan tiga hab B&P di seluruh negara, yang akan beroperasi dari jam 8.00 pagi – 9.00 malam (jika di Semenanjung Malaysia) dan 7.45 pagi – 8.45 malam (jika di Malaysia Timur), setiap hari kecuali Ahad.

“Kami sedar terdapat ramai pelanggan yang telah melepasi tempoh servis kenderaan mereka kerana operasi kami di seluruh negara ditutup selama dua bulan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

“Oleh itu, kami melanjutkan waktu operasi pusat servis dan hab B&P terpilih untuk memenuhi permintaan tinggi dan terus memberikan ketenangan minda kepada pelanggan kami yang dihargai,” tambahnya.

Perodua menerima 2.35 juta pengambilan servis tahun lalu melalui 202 pusat servisnya di seluruh negara.

“Inisiatif ini dijangka dapat menampung permintaan servis di kawasan-kawasan utama. Kami akan memantau dan menilai keberkesanan projek perintis ini secara berterusan. Buat masa ini, ia akan diteruskan sehingga diberitahu kelak,” kata Dato’ Zainal.

Pelanggan yang ingin servis kenderaan mereka diminta untuk mendapatkan slot janji temu terlebih dahulu dengan pusat servis pilihan mereka – walk-in masih tidak diterima buat masa ini. Semua pelawat mesti menjalani pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki premis, mendaftarkan maklumat diri mereka dan mematuhi penanda jarak sosial di dalam premis setiap masa. Pembersih tangan ditempatkan di lokasi-lokasi penting, manakala pembersihan secara berkala turut dibuat ke atas premis tersebut.

“Sebagai syarikat yang mengutamakan insan, inisiatif ini mewakili komitmen Perodua yang berterusan untuk memberi keutamaan kepada pelanggan kami yang dihargai dalam segala yang kami lakukan,” tambahnya.

Previous Post

Sesuai Sebagai Kereta Harian Dan Juga Dihantar Untuk Pertandingan

Next Post

Pengecualian Cukai Jualan Bermula 15 Jun Hingga 31 Disember Ini

Next Post

Pengecualian Cukai Jualan Bermula 15 Jun Hingga 31 Disember Ini

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved