Diperkenalkan oleh Eric Wong #860, Drift Nutz merupakan laman web dan budaya drift yang dibina sekitar tahun 2015. Kepopularitian sukan drift semakin meningkat saban hari bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia khususnya dalam kalangan masyarakat moden.
Kebanyakan pemandu juga menikmatinya dengan mengamalkan ‘seni’ drift dari akan umbi di setiap program yang diadakan, sekali gus mengajar mereka untuk mengawal kereta pada hadnya. Namun, ada juga yang benar-benar menikmati desakan adrenalin berentap di litar sambil memerhatikan kepulan asap yang keluar dari gesekan tayar.
Dalam erti kata yang mudah, drifting boleh disamakan dengan keseronokan asli dalam pemanduan. Bagi yang masih samar-samar, sukan drifting bermula di jalan bergunung di Jepun pada awal era 1990-an serta mendapat momentum yang pantas sebelum pusingan pertama DG1P diadakan pada tahun 2000.
Sebagaimana sukan permotoran lain, ‘high-end’ sering mendapat perhatian tetapi drifting bukan semata-mata kerana duit atau horsepower yang gila, tidak juga dikerumuni ramai orang. Sebaliknya, memandu kereta ke mana juga yang anda mahukan sambil melihat bahagian belakangnya penuh dengan kepulan asap, benar-benar mengujakan untuk sesetengah orang.
Pada 8 Oktober yang lalu, DRIFTNUTZ telah bekerjasama dengan FRTxOBG dan JT Autoworks menganjurkan sebuah program yang diadakan di tempat letak kereta di Shah Alam. Lebih dari 20 kereta telah menyertai program ini. DRIFTNUTZ MATSURI menganjurkan pertandingan mini ini dengan barisan juri dari semua pelumba Semi-Pro untuk menimba lebih banyak pengalaman terutamanya dari sudut tandem, lining, lead car dan juga chase car. Secara ringkasnya, para pemandu ini bersedia ‘diadili’ memandangkan sukan drift ini adalah tentang garisan, sudut dan juga gaya.
Percayalah, para pelumba benar-benar kenal dan tahu cara untuk mengendalikan jentera masing-masing. Terdapat banyak kereta JDM yang turut dimodifikasi. Salah satu yang berjaya menangkap perhatian ramai adalah V8 swap AE86 dan S13 dengan bahagian dengan Odyssey Odyvia. Namun, ia tetap membawa personaliti pemiliknya dari segi bentuk dan fungsinya!
Program ini bermula seawal 8.00 pagi di mana kesemua jentera mula dibawa masuk dengan towing. Ya, kebanyakan kereta ini dibina semata-mata untuk pertandingan. Ketika ini, wakil-wakil media berpeluang melihat para pemandu melakukan persediaan untuk latihan peribadi masing-masing. Manakala Eric Wong mempersiapkan hamparan litar pada hari tersebut. Bagi maklumat, hamparan litar (track layout) agak berbeza berbanding kali pertama Eric memberikan fokus terhadap Tandems.
Sebaik sahaja Eric dan Uncle Jet selesai, Eric melakarkannya di atas papan putih sebagai rujukan para pemandu. Manakala isteri Hira pula menyediakan makanan untuk semua pemandu. Antara makanan yang ada termasuk Nasi Lemak Mambau yang datang dari Seremban. Sekitar pukul 9.00 pagi, kebanyakan pemandu keluar untuk menjalani sesi latihan bebas. Terdapat banyak S-Chasis dan pelbagai jentera Toyota KE dengan 4AGE yang benar-benar memukau.
Melihat jentera Tandem bersama-sama dengan pelbagai gaya, memang menyeronokkan. Itulah salah satu perkara yang mengujakan tentang drifting; semua jentera datang dengan macam-macam gaya, stance dan fitmen. Ia bukan sekadar penampilan kereta yang menjadikan ia agresif, ada antaranya mewakili beberapa jenama atau bodykit seperti Wisefabs, Garage Mak dan banyak lagi.
Kebanyakan produk yang dikenali ramai hari ini termasuk Big Country Labs, Origin Labo dan banyak lagi jenama aftermarket yang datang dari budaya drift. Tidak lupa juga kereta yang dinyatakan awal tadi, V8 AE86 yang memang sedap didengar. Akhir sekali, kita berpeluang melihat 2JZ S15 milik Uncle Jet yang kembali dan beliau sempat melakukan beberapa pusingan ketika sesi latihan.
Selepas sesi latihan iaitu sekitar 1.00 petang, para pelumba diberikan sedikit taklimat dari Eric dan juga Uncle Jet menerangkan tentang teknikal dan semua mata dan juga zon pecutan dan nyah-pecut. Begitu juga, ia semua tentang gaya, sudut dan juga garisan. Kemudian, Top 16 dimulakan yang dijuri oleh Eric dan Uncle Jet. Setiap gaya para pemandu memang sangat dihargai dan memperlihatkan bahawa mereka adalah terbaik dari yang terbaik.
Seterusnya, kita dapat menyaksikan Bryan Mak dngan SR20 yang dikuasakan S15 berentap dengan Au Yong dengan SR20 dikuasakan Toyota Corolla KE. Kemenangan berpihak kepada Au Yong yang muncul sebagai juara keseluruhan diikuti naib juara iaitu Bryan Mak. Manakala di tempat ketiga dimenangi Nicholas dan keempat pula milik Bee Fuzita.
Program melabuhkan tirai sekitar pukul 5.00 petang dengan kesemua kereta tandem memandangkan mereka masih mempunyai tayar lebih dan tandom hampir 6 ke 7 kereta dalam satu barisan. Terima kasih dan tahniah kepada pihak penganjur. Penghargaan yang tidak terhingga kepada semua pelumba dan juri yang terlibat. Ia juga satu penghargaan buat kami, pihak media untuk berada di sini.
Sehingga jumpa lagi, di DRIFTNUTZ Volume 2!
Perkongsian :
Sufiyan