Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Bakal Berada Di Pasaran Seawal Tahun Hadapan

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2022-10-18
in BULETIN, UTAMA
0

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa pada ketika artikel ini ditulis turut berlangsung adalah Paris Motor Show 2022. Diadakan di ibu kota ngara itu, pelbagai jenis kenderaan bakal didedahkan termasuk sebuah model keluaran Jeep. Model Avenger ini merupakan kenderaan segmen B-SUV elektrik.

Diumumkan buat pertama kalinya pada permulaan September yang lalu bersama dengan Wagoneer S dan Recon, Avenger telah mengembara ke Paris untuk bertemu dengan para pelanggan Eropah yang memerlukan sebuah SUV elektrik lebih pendek berbanding sedia ada seperti Regenade.

Sebagai kenderaan elektrik bateri pertama dari Jeep (versi yang dikuaskan ICE turut ditawarkan), SUV ini didatangkan dengan bateri 54kWh yang memberikan jarak sejauh 400km dalam kitaran WLTP atau 550km (342km) dan kitaran urban. Bateri ini menguasakan motor elektrik 400-voltan yang menghasilkan 156hp dan tork 260 Nm.

Masa pengecasan bermula dari 20 hingga 80 peratus yang dijangkakan oleh Jeep sekitar 24 minit sekiranya menggunakan stesen pengecas pantas dengan kabel terus 100kW Mode 4. Namun jika mengambil kajian yang dilakukan, kebanyakan pemandu Eropah hanya memandu sekitar 30km sehari, tiga minit pengecasan sudah cukup memadai.

Sebagai sebuah kenderaan FWD pertama Jeep yang dilengkapi dengan standard Selec-Terrain (enam mod pemanduan) dan juga Hill Descent Control, Avenger dijangka menjadi model terlaris dalam portfolio Jeep untuk pada tahun 2024. Jualan di kedai wakil-wakil pengedar dijangka bermula pada awal tahun hadapan tetapi Jeep telah mula mengambil tempahan untuk Jeep Avenger Launch Edition.

Didatangkan dengan livery dua ton (Sun dengan bumbung Volcano atau Granite dengan bumbung Volcano) rim 18-inci dan lampu belakang LED penuh. Bahagian dalamnya, Launch Edition menawarkan cahaya ambien pelbagai warna, tempat duduk dengan pemanas dan juga infotainment Uconnect 10 dengan skrin 10.25 inci.

Bagi makluman, Avenger elektrik adalah yang pertama dalam barisan dari empat EV dalam perancangan Jeep untuk memperkenalkannya di Eropah dan dirancang agar menjadi jenama perintis SUV elektrik di dunia. Avenger ini akan dipasangkan di kemudahan Jeep yang bertempat di Tychy, Poland.

Sumber : Autoevolution

Previous Post

Medan Pencinta Drifter Membuktikan Kehebatan Skill Dan Jentera Masing-Masing

Next Post

Lebih Kuasa, Didatangkan Dengan AWD Pada Harga Yang Lebih Murah

Next Post

Lebih Kuasa, Didatangkan Dengan AWD Pada Harga Yang Lebih Murah

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved