Ia bukan lagi satu rahsia yang Maserati sedang berusaha untuk menghasilkan sebuah SUV lebih kecil dari Levante. Baru-baru ini prototaip SUV ini berjaya dikesan. Dibungkus kemas dengan balutan camouflage berwarna biru dari rim sehinggalah ke bahagian atas atap.
Terbaharu, Maserati secara rasminya mendedahkan imej prototaip Grecale yang lebih jelas. Dilaporkan, imej itu diambil Ketika Pengerusi John Elkann dan Ketua Pegawai Eksekutif Tavares melawat kilang Maserati di Modena, Itali. Tidak banyak informasi terkini yang diketahui tentang SUV ini melainkan yang dikeluarkan setahun yang lalu.
Sebagaimana yang diketahui, SUV Grecale ini akan menggunakan platform yang digunakan Giorgio seperti yang digunakan Alfa Romeo Stelvio. Ia juga dijangka menggunakan enjin turbo berkembar V6. Grecale dengan elektrik penuh ini bakal dilancarkan selepas pelancaran versi kuasa ICE.
Sumber : Motor1