Baru-baru ini, Kia telah berkongsi 3 imej Kia Sportage 2022 terbaharu yang dikatakan bakal dilancarkan pada bulan Julai ini. Kia terbaharu ini tidak akan mempunyai persamaan langsung dengan model Sportage yang terdahulu.
Menurut laporan, selepas dilancarkan secara global di Korea, Kia bercadang untuk mendedahkan Sportage versi yang didedikasikan untuk pasaran Eropah pada September ini. Sportage terbaharu ini menampilkan grill bahagian depan berwarna hitam diikuti lampu hadapan bersama lampu siang hari LED yang tebal.
Begitu juga di bahagian belakang Sportage baharu ini yang dilengkapi lampu LED. Selain itu, turut dilengkapi dengan spoiler atap yang nampak cantik. Tidak cukup dengan itu, bahagian dalamnya juga turut dikemaskini dan diperbaharui. Pemapar infotainment dan instrument digital seperti Kia EV6 elektrik penuh.
Lebih banyak maklumat terperinci akan dikongsikan sedikit masa lagi.
Sumber : Carscoops