Jangan salahkan pemasangan dan konsep sistem audio yang anda dapat dilihat pada kereta Mini ini. Sebenarnya konsep ini sangat popular lebih sedekad yang lalu. Waktu itu, modifikasi audio dan pertandingan audio rancak diadakan di mana-mana. Tak kiralah yang berkapasiti besar atau kecil. Setiap hujung minggu, pasti meriah dengan kereta audio pelbagai tema.

Salah satu tema yang memang jadi kegilaan ramai ketika itu, datangnya dari Hung Guan Auto Accessories. Kalau nampak sistem audio yang begini, tentu pemasangnya dari sana. Paling tidak boleh dilupakan, tengkorak atau kepala alien yang sering menjadi perhiasan yang sudah menjadi seakan “trademark” kereta-kereta audio dari Hung Guan. Kereta Mini ini pula, nampak sangat comel dan tengkorak yang ada terselit masih tak mampu menakutkan sesiapa.

Nama
Wong Chee Wai
Kereta Pertama
Mini Cooper
Kereta Impian
Mitsubishi EVO 10
Kereta
Mini Cooper
Head Unit
Pioneer DEH-8450MP
Equalizer
– Tiada
Amplifier
– 2 unit amplifier 2 channel Caliber CA-1520
– 3 unit amplifier monoblock Caliber CA-850
Speaker (Hadapan)
– 4 unit mid bass Caliber Impact Series
– 2 unit dome tweeter
Speaker (Belakang)
– 6 unit mid bass Caliber Impact Series
– 2 unit horn tweeter
Woofer
– 6 unit woofer 12” Caliber SW-125VC
Setting
SPL
Kenangan Pahit
– Terlibat dalam Kemalangan Jalan Raya
Kenangan Manis
– Menang Pertandingan Audio
Lokasi Impian
– London, England
Bagaimana Boleh Minat Audio Kereta
Dorongan rakan-rakan
Pendorong
Keluarga dan rakan-rakan
Kelab
Hung Guan Team , Caliber Audio Team
Pusat Pemasangan
Hung Guan Auto Accessories, 31-9, Jalan Susur 1, Taman Seraya, Main Road, Kulai Besar, 81000 Kulai, Johor. No Tel : 07 – 6624 825.






















