Semenjak kebelakangan ini, pelbagai virus tersebar dan dikhuatiri boleh meragut nyawa. Belum reda dengan penyebaran virus influenza, satu lagi virus berbahaya mula mengancam dan telah pun memasuki Malaysia. Walaupun pelbagai usaha dipertingkatkan untuk menghalang virus coronavirus tersebar, kita harus mengambil langkah berjaga-jaga demi melindungi diri serta orang yang tersayang.
Salah satu langkah berjaga-jaga yang kerap diingatkan setiap kali berlakunya kes sebegini termasuk ancaman jerebu yang melanda Malaysia, orang ramai dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti luar dan sentiasa elak berada di kawasan yang sibuk. Namun begitu, adakah udara di ruang bertutup itu dijamin selamat? Adakah udara dalam kereta selamat untuk anda?
Sebagaimana yang pernah dikongsikan sebelum ini, udara dalam kereta merupakan antara yang berbahaya untuk kesihatan. Kedengaran pelik tetapi ia fakta yang tidak boleh dinafikan. Udara di ruang tertutup seperti dalam kereta lebih berbahaya dan tercemar kerana tiada pengalihan udara yang baik. Pelbagai zarah halus tidak dapat dilihat terdapat dalam udara seperti habuk, asap tembakau dan macam-macam lagi yang boleh merisikokan kesihatan.
Bagi memastikan udara yang dihirup bebas dari ancaman berbahaya, penggunaan dan pemasangan pembersih udara amat penting terutama sekali untuk kereta. Pelbagai produk pembersih udara boleh didapati di pasaran pada hari ini termasuk pembersih udara JV. Bukan sahaja memastikan udara yang dihirup sentiasa bersih dan selamat, ia juga direka untuk kemudahan pemandu dan tidak membahayakan pemanduan.
Pembersih udara ini menawarkan dua cara iaitu pengionan (ionizer) dan penapisan (filter). Hanya perlu pergerakan tangan untuk mengaktifkan dan mengawal pembersih udara ini. Ia juga didatangkan dengan aroma yang menyegarkan, monitor PM2.5, ion negatif, penapis HEPA13 berserta lampu LED 4 warna. Lampu LED ini bernyala berdasarkan data PM2.5 dan keempat-empat warna menandakan kualiti udara yang berbeza.
Biru menandakan udara berkualiti terbaik dengan PM2.5 : 0-50. Kuning pula menandakan udara berkualiti baik dengan PM2.5 : 50-100. Sekiranya pembersih udara menyalakan lampu berwarna jingga (oren), menandakan udara berkualiti sederhana dengan PM2.5 : 100-250. Jika lampu merah bernyala, bermaksud udara tidak sihat dengan PM2.5 melebihi 250.
Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang pembersih udara JV ini, hubungi;
Beyond Trading Sdn Bhd
No. 37-39-41-43,
Jalan Kasuarina 5/KS 7,
Bandar Botanic,
41200 Klang,
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03 – 3325 2255
Emel : [email protected]
Facebook : https://www.facebook.com/beyondmall.com.my/
Web : www.beyond.com.my