Bagi menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang disambut pada 31 Ogos pada setiap tahun, sebanyak 140 kenderaan pelbagai jenis dan jenama dari kelab-kelab dibawah naungan Gabungan Kelab Kereta Negeri Perlis (GKKNPs) telah menyertai Konvoi Kibar Jalur Gemilang yang diadakan pada 7 September lalu. Konvoi yang disertai ahli-ahli gabungan kelab yang menghias kereta masing-masing dengan bendera Jalur Gemilang.
Para peserta terlebih dahulu berkumpul di perkarangan Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bertempat di Kangar sebelum dilepaskan oleh Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man. Konvoi berarak ke seluruh negeri Perlis melalui tiga daerah Kangar, Padang Besar dan Arau meliputi jarak laluan melebihi 100 kilometer. Konvoi ini diadakan bertujuan untuk menyemai semangat patriotisme dan cintakan negara khususnya di kalangan para peserta dan juga penduduk setempat.
Menurut pengerusi kelab, Nasirisham Mohd Nasir, para peserta konvoi juga berhenti di beberapa lokasi terpilih antaranya Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Beseri dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis untuk menyerahkan Jalur Gemilang dan plak sebagai simbolik bersama warga institusi juga masyarakat. Selain itu, program ini turut disertai Alumni Malaysia Future Leader School (MFLS) Negeri Perlis dibawah seliaan I-Lead (KBS) pada setiap check point.
Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada beberapa pihak yang turut menjayakan penganjuran konvoi ini seperti kakitangan di Pejabat Menteri Besar Perlis, pengurusan UniMAP, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan beberapa badan lain. Majlis Penutup disempurnakan EXCO Belia dan Sukan Perlis, Hamizan Hassan yang diadakan sekitar pukul 4 petang.
Kelab :
1. Wira Malaysia
2. X-TREME
3. Geng Saga Buruk
4. Komuniti Saga Iswara Perlis
5. Exora Owner Club Malaysia
6. Proton Inspira Owner Club Malaysia
7. My AXIA Owner Club
8. Proton Wira Club
9. Community Utara Club
10. My Alza Owner Club
11. Saga Tegar Owner Club
12. Perodua Bezza Owner Club Malaysia
13. SUANPHAK Car Club
14. WAJACLUB
15. PROSBOC
16. Wira Northern Car Club
17. FLOC
18. PAKAU