Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Archive : VVIP Casino Royale 007

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-10-18
in SHOW OFF, UTAMA
0

Istilah kereta bertemakan modifikasi VIP mula digunapakai pada era 90-an di Jepun bagi menggambarkan pengubahsuaian kereta sedan mewah kepada bentuk yang lebih elegan tetapi ringkas. Penggunaan roda yang lebih besar, suspensi jenis udara, jajaran camber yang dicondongkan, warna gelap, rendah serta bahagian dalaman yang dipasangkan dengan meja hidangan minuman, penggunaan manik swarovski serta aksesori berkilau menggambarkan idea modifikasi yang berbeza dalam eranya. Meskipun tema ini kelihatan isolasi pada awalnya, VIP begitu cepat menular ke seluruh dunia hingga tiada penetapan jenis model kenderaan. Dari Kei Car kepada MPV, malah SUV dan trak pikap juga kini mula dimodifikasi sedemikian rupa.

Malaysia menerima idea ini sama seperti negara lain. Dalam konteks VIP yang lebih pelbagai, kami telah menemui contoh sebuah sedan lama Jerman dengan konsep VIP penuh dari Jepun. Sistem audio kereta ini juga tidak kurang hebatnya. Pendek kata, setiap bahagian kereta ini mendapat sentuhan yang ekstensif menjadikannya begitu dominan dalam setiap pertandingan yang disertainya.

Memulakan proses transformasi kereta ini ialah set roda 19” Estatus yang dipadankan dengan tayar 245/35 jenama Zeetex. Namun memadankan rim sebesar ini adalah cabaran yang perlu diselesaikan terlebih dahulu, trim roda sedan ini dipotong untuk memastikan ia boleh menggalas rim baru. Suspensi juga digantikan dengan jenis udara buatan Taiwan yang menjalankan tugas dengan baik untuk memendapkan kereta ini ke permukaan aspal (jalan).

Menjenguk sebentar ke bahagian dalamnya membuatkan saya terpegun memikirkan berapa banyak masa telah dihabiskan untuk mengubahsuainya ke tahap ini. Semua trim asal kereta ini telah dibalut semula. Dari kerusi kepada panel pintu hingga ke lantai dasar dan lelangit bumbungnya. Pemasangan seterusnya ialah aksesori wajib VIP, meja hidangan, potongan arkilik di konsol tengah belakang dan juga lampu jenis dome di atas dengan rintangan manik yang menarik.

Sistem audio dilengkapkan dengan pemasangan pemain utama Kenwood KDV-MP5343U. Memandangkan kereta ini memerlukan gandingan bunyi dan estetik, pemiliknya tidak mengabaikan bunyi di bahagian dalamannya. Sebagai permulaan, seunit amplifier 4 channel Stellar SD-460AB dipasangkan untuk 2 unit speaker komponen di pillar dan kick panel depan. Set komponen ini datangnya dari jenama Stellar. Sebagai sokongan, 2 unit speaker komponen 5.5” ditambah bagi mendapatkan mid yang lebih jelas.

Penumpuan seterusnya adalah di bahagian but kereta ini. Penggunaan plastik perspek agak menyeluruh sebagai hiasan utama. 4 unit speaker mid 6.5” Stellar yang disusun di atas but lid dikuasakan seunit amplifier 4 channel Stellar SD-460AB. Disampingnya pula ialah 2 unit bullet tweeter titanium yang mendapat bantuan daripada seunit amplifier 2 channel Stellar SD-275AB.

But utama menempatkan 2 unit woofer 15” Stellar yang menjadi nadi kepada keseluruhan sistem SPL kereta ini. Seunit amplifier monoblock Stellar SD2500DKR digunakan untuk menghentam woofer tersebut dan dengan kapasiti talaan khusus yang dipertanggungjawabkan kepada pre-amp SD-7PX, prestasi woofer ini tidak pernah memalukan pemiliknya. Di mana-mana petak pertandingan, BMW ini mampu mengejutkan ramai orang.

Hiasan belakang kereta ini juga diseragamkan dengan tema multimedia dengan kemasukan beberapa unit monitor LCD di lokasi berbeza. Di but lidnya dipasangkan satu, di sisi but masing-masing 2 dan paling menarik ialah pada bahagian luar atas bumper belakang. Ya. 2 unit monitor yang hampir tidak kelihatan berikutan badan kereta berwarna hitam ini.

Pengubahsuaian keseluruhan kereta ini mencakupi tema VIP yang boleh dianggap ekstrem. Namun pada sudut yang berbeza jika dilihat pada sentuhan kosmetiknya, BMW ini kelihatan agak ringkas dan bersahaja. Seperti juga pada mana-mana tema VIP yang lazim, penggunaan warna hitam kilat menjadi pilihan utama untuk mendominasikan karya elegan dan ternyata ia berjaya membawa pakej keseluruhan kereta ini menjadi tema VIP mutlak.

Jika ditanya, saya masih memilih VIP sebagai tema paling sesuai untuk sebuah sedan yang besar dan panjang. Anda tidak perlu fikir betapa selesa atau lajunya sebuah kereta VIP kerana ia bukan dibina untuk itu. Ia dibina untuk imej Yakuza dan mafia. Ganas tapi dalam hati ada taman!

Previous Post

IRoad

Next Post

Konvoi Kibar Jalur Gemilang

Next Post

Konvoi Kibar Jalur Gemilang

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved