Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Klasik Mini Audio

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2021-04-02
in SHOW OFF, UTAMA
0

Sejarah kereta-kereta Mini sememangnya cukup panjang dalam arena automotif seluruh dunia. Kereta yang diilhamkan sebelum Perang Dunia Kedua ini dicipta bagi memastikan setiap orang mampu memiliki kereta sendiri. Dari hari pertama memasuki pasaran hinggalah legasi Mini diambil alih oleh BMW, kereta ini telah mencetuskan revolusi, menempatkannya sebagai antara kereta yang paling bersejarah dalam abad ke 20.

Produksi asal Mini merupakan hasil jurutera bijak Sir Alex Issigonis. Beliau telah memberi idea bahawa sebuah kereta yang kecil mampu mengatasi masalah kemelesetan ekonomi yang membawa kepada krisis bahan bakar pada eranya. Menyedari bahawa kereta adalah ciptaan yang harus berfungsi secara asas, beliau melakarkan projek Austin pertama, lantas memenuhi pasaran ketika itu.

Dalam tahun-tahun awalnya, kereta ini berkembang dengan cukup pantas. Kilang pemasangannya rancak dibuka di seluruh dunia. Dari England, Australia, Spanyol, Belgium, Chile Portugal, Afrika Selatan, Uruguay, Venuezuela, hingga sejauh Yugoslavia. Kereta ini diterima di setiap pelusuk dunia, membuktikan reliabilitinya menentang segala bentuk permukaan bumi dan cuaca. Resepinya mudah, kereta tersebut dibina secara asas, tiada komponen kompleks yang memerlukan penggantian rumit sekiranya sebarang kerosakan terjadi.

Kereta yang dipaparkan pada kali ini bagaimanapun bukanlah sebuah Mini yang lazimnya kita lihat direstorasi dengan sangat sempurna ke arah keasliannya. Benar, biasanya kereta ini dimiliki oleh mereka yang benar-benar berduit, disimpan untuk koleksi dan dipandu di hujung minggu sahaja. Nilai sentimentalnya tidak boleh dibeli, sejarahnya panjang menjadikan setiap model Mini yang direstorasi penuh boleh mencecah harga luarbiasa. Namun segalanya bergantung kepada minat individu, kecenderungan memiliki dan penghargaan yang boleh mereka letakkan pada sesebuah model tersebut.

Ini adalah contoh Mini yang terasing dari pengubahsuaian yang pernah dilihat. Sebuah model yang menakjubkan dipulihara dalam cara yang berbeza. Ia bermula dari satu unit casis kosong yang dimiliki oleh Johnny yang merupakan seorang yang begitu taksub dengan model British. Kerangka kosong tersebut mula berubah sedikit demi sedikit bila ia dibawa pulang ke bengkelnya yang terletak di Kg Baru Subang.

Kondisi badan yang agak baik dan kurang bahagian karat bermakna kurang kerja-kerja kimpalan pada bahagian kerangka. Enjin adalah perkara pertama yang dibuat dengan padanan enjin Jepun dari Daihatsu Mira L200. Bukan sahaja enjinnya kecil, malah menjaganya lebih mudah. Enjin ini dipadankan dengan intercooler L5 dan hos Samco serta sistem perpaipan asal. Bahagian pakai lusuh diganti baru dan bahagian terdedah enjin dikemaskan dengan warna-warna terang.

Bahagian luaran Mini ini adalah kombinasi menarik kit badan yang direka bebas. Hud hadapannya diubahsuai dengan memadankan bahagian 1 piece yang mana fender dan bonetnya dicantum bersama dengan gentian kaca. Lampu hadapannya digantikan dengan lampu Gino Minilite. Bahagian sisinya pula dipadankan dengan arch roda, skirting sisi dan panel badan bersisik yang juga dibuat secara custom. Bahagian belakang juga tidak ketinggalan dimuatkan dengan bumper rekaan custom serta sebuah spoiler kecil yang sangat comel duduk disitu.

Sebagai seorang yang memang ‘masak’ dalam dunia ICE, kereta ini adalah antara kereta koleksi beliau yang menerima sistem yang sempurna. Mendahului senarai ialah pemain utama dari Alpine dari model CDA 7894RB. Jika mengikut kamus pengikut Alpine, ia antara pemain yang cemerlang. Mempunyai fungsi crossover binadalam, 4 pre out dan sub control. Ia juga pemain yang sesuai dipadankan dengan rangkaian premium Type R dan Type X dari Alpine sendiri.

Namun sistem yang dibuat oleh Johny adalah berbeza. Beliau memilih produk America Sound. Unit pertama yang memproses isyarat pemain ini ialah amplifier US900.1D class D dengan spesifikasi monoblock. Dan apabila ianya sebuah amp dengan monoblok sudah tentu anda tidak akan bazirkannya untuk memacu mid.

Amplifier ini telah dipertanggungjawabkan memberi denyutan secukupnya kepada 3 unit subwoofer America Sound US12S. Sub ini dipasang pada bahagian penumpang belakang dengan perumah custom yang dicat warna hijau terang. Perumah buatan gentian kaca ini memastikan sub kukuh di tempatnya dan menghasilkan kekedapan bunyi paling sempurna. Bagi memastikan kuasanya tidak terputus, sebuah kapasitor 2 farad US2F dipasangkan bersama.
Bunyi dari frekuensi midbass pula dihasilkan oleh mid speaker America Sound US66B berukuran 6 inci. Ia dipasangkan di bahagian belakang kokpit berhampiran sub tadi. Bersamanya ialah tweeter America Sound US30HT. Talaan yang sama juga dipadankan pada bahagian penutup but belakang yang mana kesemua unit mid bass ini dikuasakan oleh power amplifier 4 channel amplifier America Sound RS80.4CH. Tidak dilupakan satu lagi kapasitor 2 farad untuk menstabilkan arus elektrik supaya power amplifier sentiasa mendapat bekalan yang konsisten dari punca kuasa.

But belakang kereta yang kecil tidak menghalang dari kerja kreatif memuatkan unit power amplifier dan dua kapasitor. Ia juga direka sedemikian rupa untuk mendapatkan hasil akhir yang menarik, kemas dan sempurna. Penggunaan bahan gentian kaca dengan hasil kerja halus sebegini membuatkan kereta ini nampak unik dan lain dari yang lain.

Ini adalah contoh gabungan kejuruteraan moden dan klasik dalam satu pakej. Pasti pemiliknya kini puas dengan apa yang beliau miliki sekarang ini. Lalu, apakah yang dibuat oleh beliau setelah kereta ini siap? Jangan terkejut kerana kereta ini pada kebanyakan masa hanya disimpan dalam bilik pameran!

Spesifikasi
Pengeluar
Mini

Model
Cooper

Head Unit
Alpine CDA-7894RB

Amplifier
– 1 unit amplifier 4 channel America Sound US900.1D
– 1 unit amplifier 4 channel RS80.4CH.

Speaker
– 4 biji mid bass 6” America Sound US66B
– 2 biji horn tweeter America Sound US30HT

Woofer
3 biji woofer 12” America Sound US12S.

Setting
SPL

Kos

Pusat Pemasangan
SK Automart, Lot 1 & 2, Jalan 3/10, Bandar Baru Sg. Buloh, Sek U20, 40160 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
No Tel : 03-6156 7128 atau hubungi Paul di talian 016-251 3301.

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi edisi 8

Previous Post

Pelancaran JBL®, Kembali Merancakkan Industri Audio Di Malaysia

Next Post

Litar Bertaraf Antarabangsa Bakal Dibina Di Langkawi

Next Post

Litar Bertaraf Antarabangsa Bakal Dibina Di Langkawi

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved