Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Kerjaya Tidak Menghalang Hobi Bermain Audio

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2021-02-26
in SHOW OFF, UTAMA
0

Mungkin nampak biasa tapi Daihatsu Terios ini sebenarnya memang sangat dikenali di kalangan para penggiat audio di Indonesia kerana sering mengungguli pertandingan audio di sana. Di Malaysia, Daihatsu Terios lebih dikenali sebagai Kembara yang dibawa masuk oleh Perodua ke pasaran tempatan. Namun, bukan tentang Kembara atau Terios yang mahu dibicarakan sebaliknya sistem audio yang dibina sebagai isi dalamnya.

Dimiliki oleh Dany Soesanto, Terios ini sudah beberapa kali memenangi pertandingan EMMA yang dianjurkan di Indonesia dalam kategori Experience. Kalau bukan juara, beliau mendapat tempat kedua dan juga. Malah, Terios ini juga pernah dipertandingkan dalam kategori Master dan memperoleh tempat kedua. Tidak kira apa juga kategori, posisi juara dan naib juara tak lari jauh.

Walaupun bertugas sebagai akauntan, Dany tidak pernah mengabaikan minat terhadap dunia audio dan sentiasa mencari peluang serta ruang menyempurnakan Terios ini yang diberikan kepada si isteri untuk kegunaan harian. Bukan setakat kualiti bunyi, kelengkapan lain turut diperbaiki demi keselesaan dan juga kepuasan diri.

Bagi bahagian audio, Dany telah memasang speaker set 3-way Scanspeak yang ditempatkan secara on axis. Sementara untuk frekuensi rendah, beliau memilih subwoofer Scanspeak berukuran 9” yang ditempatkan dalam perumah kotak bertutup. Sebelum itu, beliau menggunakan pemain utama dari Alpine CDA-9887 yang dipadankan bersama pemproses Alpine PXA-H701.

Demi memastikan bekalan kuasa mencukupi, beliau menggunakan dua unit mini amplifier 4 channel dari ARC KS124.4 yang ditempatkan di bawah tempat duduk. Seterusnya, bagi memastikan keseluruhan sistem audio yang dibina tadi tampil kemas, beliau menggunakan bahan vinyl berwarna senada dengan interior dan akrilik dan dapat dilihat dengan jelas sudut kosmetik bahagian kabin di belakang yang cukup kemas bersama kerlipan lampu LED sebagai penaik seri.

Previous Post

Penuh Rahsia, Lebih Suka Fokus Pada Audio

Next Post

Karnival Yang Menghimpunkan Penggiat Dan Peminat Automotif

Next Post

Karnival Yang Menghimpunkan Penggiat Dan Peminat Automotif

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved