Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Kenari Adams Bumi Kenyalang

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-09-11
in SHOW OFF, UTAMA
0

Jika Kuala Lumpur terkenal dengan bangunan-bangunan pencakar langit, negeri Sarawak pun tak kurang hebatnya kerana mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Antara negeri yang masih lagi kaya dengan hidupan flora dan fauna. Lebih-lebih lagi dengan burung kenyalang yang telah pun sinonim sebagai identiti negeri Sarawak. Tidak, jangan salah faham. Bukan burung kenyalang yang Kar HiFi hendak perkatakan di sini, sebaliknya tentang sebuah kereta Kenari dari Sarawak yang terlalu istimewa.

Kenari, salah satu keluaran Perodua (Perusahaan Otomobil Kedua Berhad) selepas syarikat gergasi otomobil Proton. Keluaran Perodua seakan pilihan alternatif kepada peminat kenderaan keluaran tempatan dan Kenari merupakan antara kereta yang mempunyai permintaan paling tinggi kerana memiliki ciri-ciri penjimatan minyak yang ekonomi dan lebih praktikal diikuti transmisi secara automatik. Tentu ramai yang mahu memiliki kenderaan seperti ini.

Kenari yang menghiasi muka depan keluaran majalah Kar HiFi ini pula mempunyai satu lagi bonus tambahan yang mampu membuatkan sesiapa sahaja mengidamkan kereta dengan sistem audio yang sempurna. Lengkap dengan modifikasi struktur yang nampak mantap. Tentu anda keliru dengan konsep yang dibawakan Kenari ini. Awalnya, saya pun tak boleh nak pastikan sama ada Kenari ini model RS ataupun Aerosport. Kalau dilihat dari lampu depan, ia mirip model Aerosport, tapi bila lihat pula warna hitam eboni, anda tentu meneka Kenari RS. Apa-apa pun yang penting model ini masih Kenari, sebuah k-car dan mempunyai bilangan peminat yang ramai serta pengikut tersendiri.

Beralih pula kepada sistem audionya yang mendapat sentuhan magis installer profesional, D & C Car Accessories. Dikenali sebagai Kenari Adams Bumi Kenyalang, ia pasti menggegarkan gegendang telinga anda. Jadi, kepada anda yang mempunyai masalah gegendang sensitif kepada dentuman, dinasihatkan agar berdiri dengan jarak yang agak jauh bagi menjamin keselamatan gegendang anda. Diingatkan sekali lagi, Kenari ini mempunyai dentuman yang luar biasa kuatnya!

Percaya atau tidak, Kenari ini mampu membawa muatan sebanyak 6 unit woofer bersaiz 12”, 12 unit speaker bersaiz 6” dan 4 unit horn tweeter. Hebat bukan? Kereta kompak yang comel ini mampu diisi dengan begitu banyak aksesori sistem bunyi. Itu belum ditambahkan lagi dengan bilangan amplifier yang digunakan untuk memacu semua woofer dan speaker ini. Tidak hairanlah kiranya kereta ini dapat gelaran Kenari Adams, memandangkan majoriti isi dalamnya adalah produk jenama Adams Digital.

Sepertimana kebiasaannya, bahagian paling utama untuk sistem audio sebuah kereta tentunya terletak pada head unit atau pemain utama yang memberi isyarat bagi memulakan sesuatu perjalanan sistem audio. Pemain CD Player jenama Pioneer model P80 telah dipilih bagi menerajui sistem audio kereta Kenari ini. Pemain utama ini seterusnya memancarkan isyarat dan diproses pula oleh pre-amp dari jenama JW Audio.

Di sini ada sedikit perbezaan dan kelebihan yang ada pada sistem audio kereta Kenari ini. Setelah isyarat tadi diproses oleh pre-amp, ia disalurkan pula kepada electronic crossover 3 way jenama Adams Digital dan dipancarkan pula kepada 10 unit line driver yang berfungsi untuk memperkuatkan lagi isyarat yang akan disalurkan kepada amplifier. Line driver ini adalah keluaran Adams Digital, model ADL 300.11. Isyarat disalurkan kepada 10 unit amplifier yang terdiri daripada 6 unit amplifier monoblock jenama Adams Digital, ADS 800, 3 unit amplifier 4 channel ADS 80.4 dan seunit amplifier AD 100.4TX.

Seunit amplifier 4 channel telah digunakan khas untuk memacu 4 unit horn tweeter, juga dari jenama Adams Digital, model AD5.IT. Manakala 6 unit woofer bersaiz 12” dengan double coil jenama Adams Digital ADW6512 (D) dipacukan oleh seunit amplifier monoblock ADS800.1 untuk setiap satu woofer. 12 unit speaker yang terdiri daripada 4 unit speaker model AD685M, 4 speaker model ADC650SQ dan 4 unit lagi model AD65.2IP dipacukan pula oleh 3 unit amplifier 4 channel ADS80.4. Ini diikuti 4 unit horn tweeter yang turut dipasang dan dipacukan oleh amplifier 4 channel AD100.4TX.

Tentu anda sudah dapat menggambarkan ledakan bunyi yang dikuasai oleh Kenari Adams buatan bumi kenyalang ini. Percayalah, jantung anda seakan-akan mahu gugur sebaik pemain utama memainkan Cd lagu. Pasti bingit dan mampu mengejutkan satu bandar.

Previous Post

Deadly Combination

Next Post

Neo Pegasus To The Next Level

Next Post

Neo Pegasus To The Next Level

CAPAIAN

  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved