Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Julung Kali Diadakan Di Utara, Terima Sambutan Luar Biasa!

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2023-12-14
in BULETIN, UTAMA
0

Seramai lebih 200 orang peserta yang ditemani ahli keluarga masing-masing, Northen Wish Gathering yang diadakan julung kalinya di Stadium Batu Kawan ini menerima sambutan di luar jangkaan dan juga luar biasa. Diadakan buat pertama kalinya di bahagian utara, program ini dianjurkan oleh Penang Wish Owners Community (PWOC) dengan kerjasama Kedah Wish Community dan Setiawan Wishers.

Sebagaimana yang dinyatakan awal-awal tadi, program ini telah berlangsung di Stadium Batu Kawan pada 2 Disember yang lalu dan telah dirasmikan oleh YB Tuan Fahmi Bin Zainol, Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang merangkap ADUN Pantai Jerejak.

Bermula seawal pukul 9.00 pagi, program ini juga melibatkan sebanyak 160 buah kereta Toyota Wish dan melebih sasaran pihak penganjur yang menjangka penyertaan adalah sebanyak 120 buah kereta. Bagi memastikan program yang diadakan berjalan lancar tanpa sedikit pun ruang yang membosankan, pelbagai aktiviti menarik telah disediakan.

Antara aktiviti yang mendapat tumpuan para peserta semestinya sesi fotografi Red Carpet Toyota Wish, pertandingan Autoshow Kereta, Show Off Kenderaan, acara sukaneka yang disediakan untuk golongan ibubapa dan anak-anak, sambutan hari lahir sepanjang bulan Disember. Diikuti dengan 74 hadiah cabutan bertuah. Tidak ketinggalan, gerai-gerai jualan makanan, alat-alat ganti dan aksesori kereta, Anugerah Khas Presiden PWOC (untuk Ahli Paling Aktif).

Bagi makluman, program ini turut mendapat sumbangan penajaan dari YB Tuan Fahmi Bin Zainol, KAS JDM Autoparts, YMZ Electrical, Joe PJIT, ASSMAJU Enterprise, SY Garage, Deck Char Koey Teaw, IA Acrylic Enterprise, Rhea Aurora Enterprise, ZDH Shaidul Enterprise, Magnitude Automotive, DG ZGE Autopart, Ibrahim Berkat Enterprise dan Liamhing Bas.

Menurut Presiden PWOC, YM Tengku Hazman B Tengku Hassan merangkap pengerusi penganjur program berkata, program ini mendapat sambutan yang sangat luar biasa dan di luar jangkaan. Pada peringkat awal, dijangkakan penyertaan hanya sekitar 100 buah kenderaan. Namun, ia melebihi sasaran dimana sebanyak 182 buah kenderaan telah berdaftar walaupun hanya sebanyak 160 kenderaan yang hadir di tapak program di Stadium Batu Kawan, ia masih melebihi sasaran awal.

Tahniah diucapkan kepada barisan AJK yang bertungkus-lumus dalam menjayakan program yang sangat bermakna ini. Tidak lupa juga YB Tuan Fahmi b Zainol yang menyokong program ini, diikuti para penaja yang sudi memberikan sumbangan serta menjayakan program ini. Kehadiran kelab-kelab dan komuniti yang mengambil bahagian seterusnya menghangatkan lagi program ini.

Antara kelab yang telah hadir pada program tersebut termasuklah Penang Wish Owners Community (PWOC), Kedah Wish Community (KWC), Setiawan Wishers (Perak), Wishers Gaurus Community (Perak), Manjung Wishers, Southern Xtreme Wishers (Johor), Sahabat Toyota Wish KL (KL dan Selangor), Klang Shah Alam Wishers (Selangor), Xtreme Wish Club Malaysia, Kejora Bersatu Wisher (Selangor, KL), Kedah Wish Club (Kedah) dan Perlis Wisher (Perlis).

Akhir kata, jutaan terima kasih kepada semua peserta yang telah hadir dan memeriahkan lagi program Northern Wish Gathering 2023 ini. Semoga berjumpa lagi di Northern Wish Gathering 2024.

Previous Post

Pentas Terakhir Paling Bergaya!

Next Post

Pencapaian Luar Biasa dan Pelancaran Edisi Terhad Ulang Tahun BYD ATTO 3

Next Post

Pencapaian Luar Biasa dan Pelancaran Edisi Terhad Ulang Tahun BYD ATTO 3

CAPAIAN

  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved