Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Ini Baru Betul VIP!

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-09-18
in SHOW OFF, UTAMA
0

Tema modifikasi VIP pada kereta bukanlah sesuatu yang baru, malah menjadi pilihan kebanyakan pemilik kenderaan. Tidak kiralah sama ada pencinta tegar pemodifikasian yang terpengaruh dengan rakan-rakan kelab atau pemodifikasi individu. Pemodifikasi individu pula melakukan modifikasi ini demi kepuasan diri sendiri dan tidak mahu terlibat langsung dengan sebarang aktiviti, apatah lagi mahu menjadikannya sebagai kereta contoh.

Dalam keghairahan memodifikasi kereta dengan tema VIP, adakah anda mengetahui latarbelakang dan sejarah bagaimana ianya mula-mula ditemui? Mungkin tidak ramai yang tahu, konsep VIP yang mula berkembang di negeri Jepun ini mempunyai kaitan yang amat rapat dengan kumpulan kongsi gelap di sana seperti Yakuza. Ini dibuktikan menerusi cermin yang digelapkan dan skirt direndahkan. Selain menghalang dikesan pihak berkuasa dan juga musuh, dalam masa yang sama ia memperlihatkan kemewahan kumpulan ini.

Diawalnya, modifikasi VIP lebih sinonim dengan kereta sedan tetapi sejak kebelakangan ini, ia telah menular kepada jenis-jenis kenderaan lain. Ini termasuklah MPV, SUV dan tidak kurang juga kei-car seperti yang dapat dilihat menerusi ruangan ini. Kereta Kenari milik installer Yu Classic yang sangat terkenal dan cemerlang di Sabah ini, bukanlah sesuatu yang asing di sini. Dilengkapi dengan sistem audio dari jenama The Punch, ia seringkali menjadi rujukan kepada para pencinta audio tempatan yang datang berkunjung.

Sebagaimana konsep VIP yang mementingkan modifikasi secara keseluruhan, sistem audio juga memainkan peranan yang amat penting. Bagi memberikan definisi yang sempurna ke atas kereta demo ini, installer merancang dengan sehabis baik demi mencapai objektif agar Kenari ini bukan sahaja cantik dari segi penampilan (eksterior dan interior) malah ‘menyerlah’ dan garang dari sudut sistem audionya.

Dimulakan dengan pemain utama Pioneer, AVH-P4350DVD menawarkan pengalaman mendengar bunyi audiophile berkualiti tinggi dan ketulenan audio. Apabila pemain unit beraksi dengan cemerlang, ia menjimatkan pengguna sendiri tanpa perlu menambah aksesori audio lain. Di dalam sistem audio Kenari ini, pemain unit sahaja sudah mencukupi dan isyarat yang dihasilkan dibahagikan pula kepada 3 laluan. Ketiga-tiga laluan ini pula diketuai oleh amplifier yang terdiri dari dua unit amplifier 4 channel dan seunit amplifier monoblock sebelum isyarat dialirkan pula kepada barisan pembesar suara (speaker).

Menyelusuri laluan pertama, ianya diketuai seunit amplifier 4 channel The Punch; THC-1204 dan bertugas memacukan 2 unit mid bass 6.5” The Punch THC-PA65 serta 2 unit horn tweeter The Punch THC-T50. Kedua-dua unit horn tweeter dan mid bass ini telah ditempatkan di perumah khas (custom made) di bahagian belakang. Ya. Demi membina sistem ini, bahagian yang seharusnya dijadikan sebagai ruang menyimpan barang telah dikorbankan. Sebagai kereta demo, tempat meletak barang memang relevan dikorbankan untuk memberi ruang kepada sistem audio.

Di bahagian yang sama, tersemadinya dua unit woofer berukuran 12” dari The Punch. Kedua-dua woofer The Punch EF-120 ini memberikan kebulatan bunyi bass yang mantap. Dikuasakan oleh seunit amplifier monoblock The Punch THC-1800D, Yu Classic sememangnya bijak dalam bermain dengan ruang dan julat yang sesuai untuk memberikan kemantapan bass yang tepat dan Kenari ini sebagai buktinya. Bagi menambahkan lagi ‘hiburan’ di bahagian ini, dua unit monitor telah dipasangkan di bahagian tengah yang memisahkan kedua-dua woofer.

Mungkin sudah selesai untuk sistem audio di bahagian belakang, tetapi sistem audio Kenari tidak berakhir di situ. Meneruskan lagi sistem audio ini adalah beberapa lagi aksesori audio yang dipasangkan di bahagian kokpit. Ia dipasang untuk kesan bunyi di bahagian dalam pula. Dua set lengkap speaker komponen The Punch EF-650 digunakan untuk memikul tugasan ini yang terdiri dari 2 unit mid bass 6.5” dan juga 2 unit tweeter. Kedua-dua unit mid bass tadi dipasangkan di bahagian panel pintu. Sementara itu, dua unit tweeter dipasangkan di bahagian pillar A tetapi menggunakan pemegang buatan khas.

Kombinasi sistem audio, modifikasi eksterior dan interior yang ada pada Kenari ini secara tidak langsung memperlihatkan kebijakan Yu Classic dalam memanipulasi ruang yang terhad tetapi masih berjaya menghasilkan sebuah kereta demo yang berkualiti tinggi. Lihat sahaja kepada interior yang kelihatan kemas dengan penggantian secara total kusyen dan juga pembalut pintu yang digantikan dengan kulit berwarna putih. Bukan itu sahaja, installer turut tidak melupakan modifikasi di bahagian atap. Pemasangan cermin berbanding kain baldu membantu membesarkan keluasan ruang. Manipulasi yang sangat hebat dari sudut psikologi? Setuju?

Tidak ketinggalan juga, Kenari ini turut dipasangkan dengan lampu-lampu LED yang secara tidak langsung memberikan pencahayaan yang sangat menarik khususnya apabila waktu malam. Siang mahupun malam, Kenari ini pasti menarik perhatian sesiapa yang memandang tanpa mengira di mana juga ia berada. Tak begitu?

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi 51

Previous Post

Nak Berseronok Tak Kira Masa!

Next Post

Ingin Tawan Dunia Automotif Setelah Gagal Dalam Industri Mudah Alih

Next Post

Ingin Tawan Dunia Automotif Setelah Gagal Dalam Industri Mudah Alih

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved