Sebagaimana sedia maklum, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) baru sahaja melancarkan MPV mewah 7-tempat duduk MPV Staria Premium menegaskan bahawa tiada perancangan untuk memperkenalkan Staria versi 11-tempat duduk ke pasaran Malaysia.
Menurut pengurusan HSDM, Grand Starex kekal satu-satunya MPV 11-tempat duduk yang ditawarkan di pasaran. Dengan pelancaran Staria Premium, HSDM meluaskan lebih banyak penawarannya dalam segmen ini. Terdahulu, Staria Premium telah dilancarkan dan dikenali sebagai MPV pertama yang setanding dengan MPV keluaran Jepun dan ia berada di kategori sedikit tinggi berbanding Grand Starex.
Grand Starex menggunakan enjin turbodiesel 2.5L yang disepadankan dengan transmisi automatik 5-kelajuan, swivel seat di barisan kedua, menampilkan ciri-ciri keselamatan dan banyak ciri-ciri lain.
Staria Premium ditempah secara terus dari Korea dengan harga jualan bermula dari *RM358,888 (*untuk Semenanjung Malaysia termasuk harga pengecualian cukai Penjana tetapi tidak termasuk insurans). Didatangkan dengan waranti 2 tahun atau 50,000km (yang mana-mana tiba dahulu). Manakala harga jualan Grand Starex retails bermula dari *RM165,888 (*untuk Semenanjung Malaysia termasuk harga pengecualian cukai Penjana tetapi tidak termasuk insurans) dengan waranti 5-tahun atau 300,000km (yang mana-mana tiba dahulu) serta 3 tahun servis percuma.